GWM Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan kempen “Raya Bersama GWM’, yang menerapkan nilai kebersamaan, kegembiraan dan kemeriahan. Inisiatif ini mencerminkan dedikasi GWM untuk menyatukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan Masyarakat melalui pengalaman yang dikongsi, tawaran ekslusif dan ganjaran yang menarik. Bukan sekadar promosi, “Raya Bersama GWM” adalah sebagai inisiatif untuk berhubung, meraikan dan mencipta kenangan yang berkekalan.
Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, GWM Malaysia dengan bangganya telah melancarkan video muziknya, “Kita Ra Raya,” yang kini tersedia untuk tontonan.
Dari 12 hingga 27 April 2025, GWM Malaysia akan menganjurkan Rumah Terbuka Raya-tastic di pengedar terpilih di seluruh negara. Pengunjung boleh menikmati jamuan ringan dan menyertai Cabutan Bertuah Tempah & Menang. Anda berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM150,000. Pembeli juga boleh memanfaatkan promosi Raya yang menakjubkan untuk lebih menikmati perjalanan balik kampung mereka.
Promosi Eksklusif Hari Raya
- 5 tahun penyelenggaraan percuma (termasuk alat ganti dan kos buruh) untuk semua model GWM di Malaysia; GWM ORA GOOD CAT, GWM ORA 07, GWM TANK 300, dan GWM HAVAL H6 HEV.
- Penjimatan sehingga RM25,000, kadar faedah pinjaman yang rendah, serta pengecas dinding rumah percuma untuk GWM ORA GOOD CAT dan GWM ORA 07.
- Waranti penuh kenderaan selama 6 + 2 tahun (tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh) untuk GWM ORA 07.
- Waranti tanpa had perbatuan selama 6 tahun untuk GWM TANK 300.
- 10,000 km perbatuan percuma untuk GWM HAVAL H6 HEV.