Continental Tyres memperkenalkan tayar MaxContact MC7, tayar bergaya dan berprestasi tinggi, yang direka bentuk untuk landskap bandar serta disesuaikan untuk memenuhi keperluan para pemandu Asia Pasifik (APAC). Produk baharu ini menghasilkan prestasi pemanduan memberangsangkan yang meningkatkan pemanduan harian ke tahap yang lebih unggul dengan kawalan maksimum melalui pengemudian yang tepat dan pengendalian yang dinamik.
“Dibangunkan dan diuji oleh pasukan yang terdiri daripada 25 jurutera dan pakar bahan melalui lebih 8,000 jam dalam R&D, kami. merekayasa tayar bergaya dan berprestasi tinggi yang memenuhi keperluan unik para pemandu yang mercari keterujaan dalam pemanduan harian mereka,” kata Tolga Mutlu, Ketua Pengurusan Produk, Continental Replacement Tyres APAC,
“Inilah kelebihan yang ditawarkan oleh MaxContact MC7 baharu.”
Kawalan Maksimum Membawa kepada Keterujaan Pemanduan Maksimum
MaxContact MC7 baharu ini menyediakan pengendalian yang lebih terperinci dan kestabilan yang luar biasa untuk para pemandu ketika mengambil selekoh yang lebih tajam dan memandu di pusingan sudut pada kelajuan yang lebih tinggi, disebabkan oleh pengoptimuman pengagihan tekanan dalam tayar. Kelebihan ini dicapai oleh MC7 dengan memaksimumkan kawasan sentuhan dengan jalan untuk mencipta jejak yang lebih luas dengan Cornering Macroblocks, sekali gus mengagihkan semula daya untuk pemanduan yang lebih terkawal dan stabil.
Kompaun ReFlex MaxContact MC7 juga menghasilkan rintangan yang lebih tinggi terhadap ubah bentuk tayar (tyre deformation) serta membawa kepada tindak balas dan ketepatan pengemudian yang lebih baik.
Teknologi Silika Baharu Memastikan Pemanduan yang Stabil dan Selamat
Direka bentuk untuk memastikan keselamatan walaupun semasa musim hujan yang kerap di АРАС, termasuk Malaysia, MaxContact MC7 baharu menghasilkan cengkaman yang dipertingkatkan serta jarak membrek yang lebih pendek untuk memastikan pemanduan yang stabil dan selamat. 3D Laser-cut Sipes meningkatkan cengkaman dan brek dalam keadaan basah dan hujan, mengurangkan risiko penyatahan air (aquaplaning) dengan menolak keluar air melalui alur tayar dengan cepat. Teknologi silika dalam sebatian ReFlex meningkatkan pemindahan tenaga kinetik kepada haba apabila membrek, sekali gus membawa kepada jarak membrek yang lebih pendek di jalan kering dan juga basah.
Pemanduan Lebih Senyap dengan Pemutus Bunyi Dinaik Tarat
Two-in-1 Noise Breaker 3.0 yang telah dinaik tarat memecahkan gelombang bunyi, mencegah bunyi daripada terkumpul dan masuk ke dalam kabin kereta, menghasilkan pemanduan lebih senyap yang disukai oleh pemandu di bandar yang bergaya. Walaupun semasa memandu kereta sport, pemandu MaxContact MC7 boleh menikmati pemanduan yang lebih senyap.
Tayar MaxContact MC7 terbaharu menawarkan saiz antara 16″ hingga 21″ dan tersedia untuk pembelian di seluruh pasaran APAC mulai Suku Pertama tahun 2024 (masa ketersediaan stok berbeza mengikut pasaran individu).