Piston.my

Berita Terkini

Pasaran kenderaan jenis SUV di Malaysia kini semakin hangat dengan beberapa model-model menarik yang telah dilancarkan dari pelbagai jenama dalam dan luar negara. Terdapat banyak pilihan yang mengikuti bajet anda dan mereka yang lebih berkemampuan semestinya mempunyai lebih banyak alternatif. Hari ini, kami ingin mengulas pengalaman bersama model kompak SUV premium pertama dari Volvo iaitu Volvo XC40 T5 R-Design 2018. (more…)

Setelah dua tahun Porsche 718 Cayman dilancarkan untuk pasaran Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) memperkenalkan varian terkini yang lebih menampilkan gaya ‘sporty’ iaitu Porsche 718 Cayman SportDesign Series 2019. (more…)

UMW Toyota Sdn Bhd iaitu pengedar kenderaan Toyota di Malaysia dengan bangganya mengumumkan bahawa model Toyota Camry 2019 dianugerahkan dengan penarafan 5 bintang pada hasil ujian kemalangan kereta baru negara-negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) baru-baru ini. (more…)

Perodua kini telah mencatat satu lagi kejayaan baharu dimana lebih dari 100,000 unit Perodua Myvi generasi ketiga berjaya dijual kepada para pengguna di dalam negara setakat ini. Model yang dikatakan paling berjaya dalam sejarah Perodua mencatat nombor jualan besar ini walaupun baru dilancarkan pada November 2017. Setakat ini, jumlah tempahan untuk Perodua Myvi generasi ketiga telahpun mencecah lebih 150,000 dan pihak Perodua. (more…)

Pada 2 Februari 2019 lepas, Proton Edar Sdn Bhd telah mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina 2019 kepada semua pelanggan mereka. Sebanyak 74 pusat 3S dan 4S Proton telah mengambil bahagian dalam rumah terbuka besar-besaran ini dimana lebih dari 1,000 unit Proton X70 berjaya dihantar kepada para pelanggan. (more…)

Naza Kia Malaysia secara rasminya telah melancarkan Kia Picanto GT-Line 2019 untuk pasaran negara. Kereta kompak terlaris dari Kia kini mempunyai varian yang paling ‘sporty’ pada harga yang berpatutan iaitu RM57,888 (harga atas jalan tanpa insurans). (more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube