Piston.my

Berita Terkini

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bersama Perodua baru sahaja menamatkan Program Karakuri MARii dimana 30 peserta dari 15 syarikat telah dianugerahkan dengan sijil selesai program oleh CEO MARii, Dato’ Madani Sahari.

Menurut Dato’ Madani Sahari, “Industri automotif hanya boleh berkembang apabila terdapat usaha bersama dalam keseluruhan ekosistem automotif. Program MARii Karakuri adalah contoh platform kerjasama yang membolehkan peningkatan ekosistem.” (more…)

Seperti yang telah dinanti-nantikan selama ini, kenderaan Sport Utiliti atau SUV terbaru dari Perodua telah pun tiba dan namanya ialah Perodua Aruz! Model SUV dengan tujuh tempat duduk ini kini dibuka untuk tempahan dengan harga anggaran antara RM72,200 hingga RM77,200 (harga atas jalan tanpa insurans). (more…)

  • Bugatti menggunakan teknologi cetakan 3D bagi menghasilkan angkup brek titanium ini.
  • Cetakan 3D menghasilkan bahagian rumit yang tidak dapat dicanai atau tempa.
  • Bugatti telah memuatnaik sebuah video demonstrasi menunjukkan kebolehan angkup ini menangani daya henti yang keras dan haba melampau.

(more…)

Sejak awal tahun ini, Bugatti telah mengumumkan usaha mereka dalam percubaan dan eksperimen kaliper brek titanium yang dibuat khas dengan teknologi percetakan 3D atau ‘3D-printing’. Usaha mereka dalam meneraju ke arah pengilangan sepergini adalah untuk mereka bentuk bahagian kereta yang jauh lebih tinggi dari segi prestasi jika dibandingkan dengan teknologi yang digunakan secara berleluasa sekarang. (more…)

Semakin hari, semakin banyak berita sedih yang kami dengar dan lihat di berita dan juga laman media sosial berkenaan pelbagai jenis kemalangan jalan raya. Volvo Trucks Malaysia dengan kolaborasi bersama Petronas Carigali di Kerteh telah mengambil initiatif dalam mengaturkan dua kempen keselamatan jalan raya.

Hasrat mereka adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai risiko dan mewujudkan pemahaman tentang cara bertindak dengan selamat dalam lalu lintas kepada semua pengguna jalan raya terutamanya kanak-kanak dan juga penunggang. (more…)

Seperti yang telah dilaporkan oleh pihak kami pada bulan Oktober yang lepas, Ford Malaysia (Sime Darby Auto Connexion) bersama Ford Motor Company telah melancarkan Ford Ranger generasi baharu untuk pasaran Malaysia. Terdapat 8 varian berbeza bagi model XL, XLT dan Wildtrak dengan harga dari RM90,888 hingga RM144,888 dan kami telah diberi peluang untuk memandu uji varian tertinggi (sebelum Ford Ranger Raptor) iaitu Ford Ranger Wildtrak 2018. (more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube