Piston.my

Berita Terkini

  • Pusingan akhir bagi “Proton 1-Tank Adventure 2018” telah berakhir pada hujung minggu lalu.

  • 31 buah kereta Proton telah menamatkan perjalanan sejauh 700km dari Kulai, Johor, menuju ke Seberang Perai, Pulau Pinang.

  • Cabarannya adalah untuk memandu sejauh jarak tersebut dengan hanya satu tangki penuh bahanapi dan ke semua kereta berjaya menamatkan perjalanan tersebut.

(more…)

Bermaz Motor dengan secara rasminya telah melancarkan model Mazda CX-3 2018 yang telah dikemaskini, bersama dengan Mazda6 2018. Pelancaran model baharu ini telah diadakan di Pulau Pinang bersempena dengan perasmian cawangan dan Pusat perkhidmatan 3S Mazda ke-85 yang baharu yang terletak di Jelutong, Pulau Pinang. (more…)

  • Ramai yang ingin tahu sejauh mana anda boleh pergi dengan satu tangki petrol penuh bagi model-model Proton yang baharu.

  • Proton sedang menganjurkan Proton 1-Tank Adventure 2018 dimana pemilik-pemilik Proton Iriz, Persona dan Saga menyahut cabaran.

  • Kami telah mengambil bahagian di dalam pusingan ke-tiga dimana kami telah harungi sejauh 420km dari Kota Kinabalu ke Kundasang dan balik.

Apabila kita memilih sebuah kereta yang ingin dimiliki, terdapat pelbagai faktor yang memainkan peranan dalam pemilihannya. Dari prestasi, reka bentuk, spesifikasi dan yang lain-lain lagi, ada satu faktor penting yang akan menjadi penentu bagi kebanyakan pengguna; kecekapan bahanapi. Menyedari betapa pentingnya aspek ini, Proton telah menganjurkan satu acara istimewa bagi memperagakan kepada dunia betapa cekap bahanapinya model keluaran mereka dalam pemanduan dunia sebenar. (more…)

  • Mini Malaysia baru sahaja melancarkan Mini Cooper S 2018 dengan varian 3 Pintu dan 5 Pintu.

  • Mereka juga telah melancarkan Mini John Cooper Works dengan 231hp dan 320Nm tork maksimum.

  • Harga generasi terbaharu Mini bermula dari RM226,888 hingga RM RM283,888.

Mini Malaysia baru sahaja melancarkan tiga model terbaharu mereka iaitu Mini Cooper S 3 Pintu dan Mini Cooper S 5 Pintu. Model ketiga yang merupakan model Mini yang paling menarik merupakan Mini John Cooper Works yang menawarkan rekabentuk yang lebih moden, ganas dan tampan. (more…)

  • Honda Malaysia sudah sedia untuk menerima tempahan bagi model terbaharu mereka iaitu Honda HR-V 2018.

  • Model kompak SUV terlaris ini juga mempunyai varian baharu iaitu Honda HR-V RS.

  • Kad ganjaran Petronas bernilai RM1,000 akan diberi kepada pemilik Honda HR-V baru yang mendaftarkan kenderaan mereka sebelum 31 Oktober 2018.

Honda Malaysia telah mengumumkan tempahan untuk Honda HR-V 2018 untuk pasaran Malaysia sudahpun bermula hari ini (12 Julai 2018) di semua pengedar rasmi di tanah air. Mereka juga telah melancarkan varian terbaharu bagi model HR-V iaitu Honda HR-V RS 2018. (more…)

  • Naza Kia Malaysia (NKM) telah melancarkan kereta sedan sport terbaharu mereka iaitu Kia Stinger GT 2018.

  • Terdapat dua varian berbeza dengan enjin 2.0-liter GT-Line dan 3.3-liter V6 GT dengan 251hp dan 365hp.

  • Harga asas jualan dengan GST 0% bagi Kia Stinger GT di Malaysia adalah dari RM239,888 hingga RM309,888 (harga atas jalan tanpa insurans).

 

Naza Kia Malaysia (NKM) dengan bangganya telah melancarkan model terhebat mereka iaitu Kia Stinger GT 2018. Kenderaan sedan jenis sport ini yang telah dipratontonkan kepada rakyat Malaysia pada November tahun lepas baru sahaja disiarkan di laman Facebook Kia Malaysia minggu lepas dengan spesifikasi menakjubkan seperti 365hp, 510Nm kuasa tork dan kotak transmisi 8-kelajuan. (more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube