Piston.my

Berita Terkini

Sempena dengan kerjasama Chevron Malaysia Limited (Caltex) dan Mastercard baru sahaja menamatkan kempen “Tap & Go with Mastercard Contactless at Caltex” di mana Encik Chan Kow Chai dari Selangor telah berjaya memenangi sebuah Mercedes-Benz GLC 200 Exclusive Live!

Menurut Encik Shahid Ahmed, Pengerusi Chevron Malaysia Limited, “Kami komited dalam meningkatkan perjalanan setiap pengguna di stesen perkhidmatan kami di seluruh negara dan memastikan Caltex menyampaikan perkhidmatan tambah nilai, di samping produk berkualiti. Sebagai pembekal bahan api pertama di Malaysia yang menyediakan teknologi pembayaran ‘contactless’ di terminal bayaran, kami yakin perkhidmatan ini akan menjamin kepuasan pengguna kami dalam menyediakan kemudahan dan menjimatkan masa mereka.” (more…)

Perodua baru sahajan mengumumkan bahawa bilik pameran Perodua Mid Valley di bawah jagaan DMM Sales Sdn Bhd telah pun berpindah ke lokasi baharu iaitu di Menara MBMR, Jalan Syed Putra. Tujuan pemindahan lokasi adalah untuk menggandakan kapasiti jualannya dan menjaga kepuasan pelanggan. (more…)

Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) baru sahaja melancarkan Pusat Honda 3S terkini yang bertempat di Pasir Gudang, Johor oleh Yong Ming Motor Sdn Bhd (Yong Ming Motor). Ini merupakan pusat pameran Honda Malaysia yang ke-12 di Johor dan ke-97 di seluruh Malaysia untuk memastikan para pelanggan mendapat akses dan kemudahan yang lebih mudah di kawasan tersebut. (more…)

Perodua akan menyumbang 50 buah Myvi kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak serta 25 institusi pengajian tinggi di seluruh negara (untuk kegunaan dalam latihan dan penyelidikan), menjadikan ia antara penyerahan kenderaan terbesar yang pernah dilaksanakan oleh mereka. 25 institusi pendidikan tinggi ini merangkumi universiti, institusi vokasional, teknikal, latihan industri dan kemahiran belia. (more…)

Kepada semua peminat kereta Honda di dalam negara, ini adalah berita baik untuk anda. Mulai sekarang hingga 31 Disember 2018, Honda Malaysia telah mengumumkan sebuah kempen hujung tahun yang bernama “HONDA 3XTRAORDINARY SAVINGS” dimana anda boleh menikmati penjimatan sehingga RM50,000! (more…)

Cycle & Carriage Bintang Berhad baru sahaja melancarkan perkhidmatan servis terkini mereka iaitu Mercedes-Benz Star Mobile. Buat pertama kali di Malaysia, para pelanggan di dalam kawasan Lembah Klang boleh menggunakan servis penyelengaraan kenderaan tanpa perlu hadir ke pusat servis berdekatan. (more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube