Direct Lending, platform pinjaman digital terkemuka di Malaysia mengumumkan kerjasama bersama Tan Chong Motor Holdings Berhad (Tan Chong), bagi memperkenalkan pelan ansuran servis kereta sepenuhnya digital yang patuh Shariah, di Pusat Perkhidmatan Nissan seluruh Malaysia.
Sejajar dengan komitmen untuk memberikan pemilik kereta Nissan pengalaman yang lancar di pusat perkhidmatan mereka, pelanggan Tan Chong kini boleh membuat semakan kelayakan kewangan dan pengesahan dokumen secara dalam talian dan mendapatkan pembiayaan segera berbanding pembiayaan kewangan tradisional. Ini akan memudahkan lagi ketenangan fikiran bagi pemilik kereta dengan peningkatan fleksibiliti dalam menguruskan perbelanjaan servis dan penyelenggaraan kereta mereka dengan tempoh pembayaran balik sehingga 12 bulan.