Proton menjual 10,999 unit pada bulan Jun (domestik dan eksport) untuk mengekalkan kedudukan kedua dalam carta jualan automotif. Jumlah jualan untuk bulan tersebut terganggu akibat penutupan kilang selama seminggu yang dirancang untuk peningkatan operasi berjadual, namun secara keseluruhan, Syarikat mencapai pegangan pasaran sebanyak 19.1% untuk bulan lalu, sama dengan angka pegangan pasaran tahun sehingga kini (YTD). Jumlah jualan untuk separuh pertama tahun 2024 ditutup pada 73,696 unit.
Jumlah volum industri (TIV) untuk bulan dijangka terendah untuk mana-mana bulan tahun ini. Sebanyak 57,700 unit dianggarkan terjual bulan lepas, lebih rendah daripada April yang sebelum ini digelar sebagai bulan terendah akibat cuti perayaan yang panjang. Walau bagaimanapun, angka TIV untuk enam bulan pertama tahun 2024 dianggarkan sebagai 386,600 unit, hampir 20,000 unit lebih daripada tempoh yang sama pada tahun 2023 ketika TIV mencapai rekod tertinggi yang baru.
Dua model Proton menguasai segmen masing-masing dan jualan meningkat bagi Proton X50 baharu. Jun merupakan bulan yang sibuk bagi Proton selepas syarikat memberi tumpuan kepada langkah-langkah strategik yang akan memberikan hasil untuk jangka pendek dan panjang. Selain daripada melancarkan jenama EV e.MAS, Proton juga meraikan pelancaran kenderaan ke-5 juta dari barisan pengeluarannya dan melancarkan Proton X50 baharu, model SUV paling popular baginya.