SAIC Motor Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan harga rasmi model baharu MG HS, kini tersedia dalam varian Standard dan Lux yang menarik, masing-masing berharga RM129,900 dan RM145,900. MG HS menampilkan reka bentuk menawan yang memikat pandangan dan melambangkan keanggunan di jalan raya.
MG HS baharu tampil dengan penampilan hadapan yang anggun serta agresif. Di bahagian hadapan, lampu utama LED Bi-Fungsi dengan Lampu Siang (DRL), gril yang tampak berani, dan bampar belakang yang direka semula menyerlahkan HS sebagai SUV paling menarik keluaran MG. MG HS juga dilengkapi dengan dua ekzos, lampu LED, dan spoiler sporty, bersama-sama dengan rim aloi potongan ‘Diamond Cut’ bersaiz 18 inci, melengkapkan gaya dinamiknya.
Untuk meningkatkan lagi daya tarikan sporty, MG HS menampilkan ciri eksklusif seperti angkup brek merah dan mod pemanduan “Super Sport” yang menambah sentuhan dinamik pada pengalaman pemanduan.
Bahagian dalaman kenderaan ini menawarkan 64 pilihan lampu suasana dan bumbung suria panoramik, serta tempat duduk Sport. Dari segi teknologi sambungan, MG HS dilengkapi dengan paparan instrumen digital 2.3 inci dengan empat tema, paparan infotainmen resolusi tinggi 10.1 inci dengan kamera 360˚, Apple CarPlay, Android Auto, dan sambungan telefon pelbagai fungsi MG iSMART untuk kawalan mudah.