Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, dengan bangganya meraikan pencapaian penting iaitu pengeluaran 40,000 unit Mitsubishi XPANDER yang sangat popular di pasaran. Majlis bersejarah ini turut diraikan dengan penyerahan XPANDER serba baharu kepada pemilik bertuah yang ke-40,000, Puan Zaty Ewany, seorang guru dan ibu kepada lima orang anak.