HONDA MALAYSIA LANCAR BR-V SERBA BAHARU:
CROSSOVER 7-TEMPAT DUDUK BERMULA DARI RM85,800
• Dengan rekaan luaran sebuah ‘SUV’ bersama ruang sebuah ‘MPV’, BR-V serba baharu menawarkan satu pilihan alternatif sebagai sebuah Crossover 7-tempat duduk yang bergaya dan praktikal
• BR-V serba baharu dilancar dengan pelbagai ciri yang mendahului kelasnya seperti ruang kargo paling luas, output enjin paling tinggi dan jarak ketinggian dari tanah tertinggi
Honda Malaysia (atau Syarikat) secara rasmi melancarkan sebuah Crossover 7-tempat duduk sepenuhnya yang bergaya dan praktikal, BR-V serba baharu. Honda BR-V (juga dikenali sebagai Bold Runabout Vehicle) telah dibangunkan khas oleh pihak Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd. (HRAP) untuk pasaran Asia dan Oceania. Ia menjadi model HRAP pertama yang diperkenalkan di Malaysia. (more…)