- Menurut khabar angin yang baru tersebar, besar kemungkinan Ducati akan berpindah milik sekali lagi.
- Berita ini muncul semula setelah Volkswagen Group melantik Ketua Pegawai Eksekutif mereka yang baru, Herbert Diess, juga dikenali dengan nama timangan “The Cost Killer”.
- Matlamat utama Diess adalah untuk memastikan keseluruhan operasi perniagaan VW berada di haluan yang sebenar bagi tahun 2018.