Piston.my

Berita Terkini

Pemilik kenderaan Kia di sekitar Pantai Timur tidak perlu lagi pening kepala sekiranya kereta mereka mengalami masalah kerana Naza Kia Malaysia telah membuka cawangan 3S di Kota Bharu, Kelantan.

Dengan keluasan 3,500 kaki persegi, pusat 3S baharu ini mampu menempatkan lima kenderaan di tapak pameran termasuk dua pusat servis yang mampu menerima 100 kenderaan dalam masa sebulan.

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, SM Nasarudin SM Nasimuddin yakin pembukaan pusat 3S di Kota Bharu akan menawarkan pengalaman terbaik buat penduduk di situ.

“Pusat 3S serba baharu ini merupakan antara penambahan terkini jaringan KIA dalam menepati jangkaan pelanggan kami di samping memenuhi permintaan untuk kereta Kia di kawasan Pantai
Timur.

“Selain daripada cawangan di Kota Bharu, kami juga akan meluaskan jaringan Kia dalam setiap pasaran utama. Kami dalam proses untuk membuka enam lagi cawangan di sekitar Lembah Klang, bahagian Utara dan Selatan tanah air termasuk Sabah dan Sarawak,”jelasnya.

Difahamakn, pengedar rasmi, Raza Motors Sdn Bhd telah menyuntik hampir RM1 juta ke dalam pusat 3S di Kota Bharu dengan sasaran untuk membuka fasiliti Body & Paint dalam tempoh 3 tahun lagi.

Terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, cawangan 3S ini turut dilengkapi Lounge Pelanggan, bilik mesyuarat, surau, ruang simpanan alat ganti dan pusat mencuci kereta.

Automobili Lamborghini memperkenalkan model Super Sports Utility Vehicle (SSUV) – diberi nama Urus – sekaligus membuka relung baharu dalam segmen kenderaan mewah dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di New Zealand.

Pengurus Automobili Lamborghini Bahagian Oceania, Andrea Ruggiero meluahkan rasa teruja dengan pelancaran di Auckland.

“Kami gembira kerana dapat menganjurkan Pelancaran Urus Dynamic buat julung kalinya di Auckland dengan klien eksklusif dan petugas media diberi peluang untuk merasai sendiri prestasi dinamik Urus.

“Urus merupakan petanda aras baharu dalam segmen Super SUV yang sebelum ini dianggap sebagai mustahil. Seperti jentera Lamborghini lain, Urus turut tidak terkecuali dalam menampilkan identiti Lamborghingi terutamanya dari aspek rekaan, prestasi, dinamik pemanduan di samping boleh dipandu dalam apa jua keadaan,”jelasnya.

Pengurus Besar Lamborghini Auckland, Greg Brinck turut berasakan Urus mampu melakar kejayaan di New Zealand.

“Kami menjangkakan kejayaan di sini tetapi apa yang lebih mengejutkan, permintaan model ini telah mengatasi jangkaan awal kami!”

Urus dilengkapi enjin 4.0 liter V8 dengan turbo berkembar dan mampu menghasilkan 650 hp pada 6,000 rpm dan 850 Nm pada 2,250 rpm.

Meskipun berstatus Super SUV namun Urus mampu mencapai 0-100 km/j di bawah 3.6 saat!

Dengar saja nama Lamborghini hampir pasti harga yang ditetapkan perlulah setaraf jadi tidak hairanlah Urus ditawarkan dengan harga NZD 323,00 (hampir RM900,000!)

MINI Malaysia telah melancarkan dua model baharu, MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dan Cooper S Countrymen Pure sekaligus menandakan pengembaraan baharu dalam dunia hibrid bagi jenama itu.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, menjelaskan penghasilan dua model ini terutamanya Countryman Plug-In Hybrid Wired sejajar dengan komitmen MINI dalam menuju kearah masa depan baharu dunia automotif.

“Sejak model Countryman diperkenalkan pada tahun 2010, MINI telah menjalani proses evolusi dengan konsiten. Tahun lalu, Malaysia menjadi tunggak utama  di Asia Tenggara apabila pemasangan MINI kini dilakukan di peringkat tempatan.

“Kami juga telah memperkenalkan varian hibrid ‘Plug-In’ sebagai tanda komitmen kami dalam pembentukan masa hadapan dengan Mobiliti Elektro,”jelasnya.

MINI semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia apabila lebih 1,200 unit kenderaan segmen Sport Acitivity Vehicle (SAV) telah pun diserahkan tahun lalu, sekaligus mencatatkan peningkatan 19 peratus berbanding tahun sebelumnya (1,011).

Suku pertama 2019 turut menampakkan peningkatan ketara dengan lebih 38 peratus (300 unit) kenderaan telah pun diserahkan – lebih daripada separuh jumlah itu melibatkan model MINI Countryman.

Menyedari varian Countryman semakin popular, MINI yakin pengenalan dua model baharu – Countryman Plug-In Hybrid Wired dan Cooper S Countryman – akan terus melakar kejayaan dalam segmen premium SAV.

Kedua-dua model memiliki beberapa ciri teknologi yang canggih antaranya:

  • MINI Connected
  • Comfort Acces
  • Park Assist
  • Auto Tailgate
  • Rear View Camera
  • Electronic Brake Parking
  • MINI Picnic Bench

Bukan itu sahaja, MINI Malaysia turut menawaran program Bantuan Tepi Jalan selama 5 tahun bagi kedua-dua model yang merangkumi bantuan kemalangan 24 jam, talian kecemasa, servis tunda percuma, dan kenderaan ganti.

Bagi pemilik yang memerlukan bantuan sekiranya berlaku sebarang masalah di mana jua, hubungi 1800-88-8808.

Berikut harga yang ditawarkan MINI Malaysia bagi kedua-dua model:

MINI Cooper S Countryman Pure: RM228,888


MINI Countryman Plug-In Hybrid: RM250,888

Jika anda berminat untuk melihat kedua-dua model ini dengan lebih dekat, usah gusar kerana MINI Malaysia bakal mengadakan roadshow di beberapa lokasi strategik di seluruh Malaysia!

Layari www.mini.my/urbanliberation untuk maklumat lanjut.

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah melancarkan model Myvi generasi ketiga di Singapura, minggu lalu.

Perodua menawarkan dua varian – 1.3X AT dan 1.5H AT – dengan masing-masing ditawarkan pada harga SGD 64,800 (RM197,093) dan SGD 69,800 (RM212,301) termasuk cukai barang dan perkhidmatan.

Sumber: Harian Metro

Meskipun berdepan halangan dalam menembusi pasaran negara itu namun Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad melihat ini sebagai satu pencapaian baru mereka.

Perodua telah pun mengeksport Myvi generasi ketiga di Indonesia sebelum ini namun model tersebut mengguna pakai jenama Daihatsu dan dikenali sebagai Sirion.

Majlis pelancaran telah diadakan di Pusat Jualan dan Servis Perocom Auto Pte Ltd di Ubi, Singapura.

Perocom Auto Pte Ltd telah bertindak sebagai pengedar rasmi kenderaan Perodua sejak tahun 1997!

(SUMBER: Harian Metro)

Jika anda berminat untuk memiliki Perodua Bezza lain dari yang lain,  bergegas ke MAEPS sekarang kerana Perodua memperkenalkan Perodua Bezza Limited Edition yang hanya terhad ke 50 unit sahaja!

Perodua telah melancarkan model Perodua Bezza Limited Edition di Malaysia Autoshow  2019, yang berlangsung di MAEPS,  Serdang,  hari ini.

Terhad kepada 50 unit,  pelancaran model tersebut telah disaksikan sendiri Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, YB Datuk Ignatius Darell Leiking dan Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd,  YBhg Dato Dr Zahari Husin.

Tempahan untuk model Limited Edition (berharga RM44,890) ini hanya boleh dibuat di Malaysia Autoshow 2019 yang berlangsung hari ini hingga Ahad.

“Perodua Bezza Limited Edition merupakan model yang menggambarkan personaliti pemilik yang unik dan sporty. Dengan aksesori GearUp yang ekslusif kepada model ini, anda akan lebih menonjol dan menyerlah di khalayak ramai semasa memandu sedan kegemaran Malaysia,” kata Dato’ Dr Zahari.

Berdasarkan model Bezza 1.3 Premium X, model Limited Edition tampak menyerlah dengan warna Ivory White, kit GearUp dan spoiler dengan kemasan hitam matte.

Bahagian tempat duduk juga kelihatan garang dengan kemasan jahitan merah selain daripada sarung tempat duduk GearUp.

“Hanya 50 unit Perodua Bezza Limited Edition akan dikeluarkan, dan ianya hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019 dari 11hb-14hb April di MAEPS. Kunjungi kami di sini dan jadi salah seorang daripada 50 pemilik bertuah model khas ini!” kata Dato’ Dr Zahari.

Berminat untuk tampil lebih bergaya tahun ini? Kunjungi pengedar rasmi terdekat Mercedes-Benz untuk membuat tempahan model A-Class yang baru sahaja diperkenalkan Mercedes-Benz Malaysia (MBM) di Kuala Lumpur, semalam.

MBM memperkenalkan dua varian baru bagi barisan Mercedes A-Class 2019 dengan model A 200 Progressive Line dan A 250 AMG Line dengan kedua-duanya telah pun melalui proses naik taraf daripada aspek reka bentuk, spesifikasi dan kuasa enjin.

Model A 200 Progressive dilengkapi dengan enjin 1.4 liter dan mampu menghasilkan 163hp pada 5,500rpm tetapi jika itu tidak mencukupi, beralih sahaja ke model A 250 AMG yang mengeluarkan 224hp menerusi enjin 2.0 liter!

Beralih ke bahagian dalam, ruang pemanduan dilengkapi sistem multimedia MBUX Mercedes-Benz User Experience yang menawarkan teknologi ‘artificial intelligence’ yang telah dinaik taraf!

Bukan itu sahaja, kedua-dua model turut disertakan dengan sistem bantuan pemanduan terbaru daripada model S-Class serta lampu hadapan Multibeam LED.

Unit A 200 Progressive dijual pada harga RM229,888 sementara model A 250 AMG ditawarkan dengan harga RM267,888.

Untuk sebarang maklumat lanjut, layari www.mercedes-benz.com.my

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube