- Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), mengiktiraf Perodua Bezza sebagai kereta terbaik dalam kategori “Public Areas and Transport Product” untuk tahun 2016.
- Perodua Bezza juga telah memenangi anugerah dari Frost & Sullivan Malaysia untuk kategori ‘Car of the Year’ dan juga ‘Debut Car of the Year’ baru-baru ini.
- Ia merupakan kereta sedan pertama untuk syarikat ini dengan status Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV).