Piston.my

Berita Terkini

Pada 2 Februari 2019 lepas, Proton Edar Sdn Bhd telah mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina 2019 kepada semua pelanggan mereka. Sebanyak 74 pusat 3S dan 4S Proton telah mengambil bahagian dalam rumah terbuka besar-besaran ini dimana lebih dari 1,000 unit Proton X70 berjaya dihantar kepada para pelanggan. (more…)

Naza Kia Malaysia secara rasminya telah melancarkan Kia Picanto GT-Line 2019 untuk pasaran negara. Kereta kompak terlaris dari Kia kini mempunyai varian yang paling ‘sporty’ pada harga yang berpatutan iaitu RM57,888 (harga atas jalan tanpa insurans). (more…)

Ford F-450 2020

Pasaran kenderaan di Amerika Syarikat adalah antara pasaran yang paling menarik lebih-lebih bagi dalam segmen trak pikap. Antara kriteria yang diberikan keutamaan bagi golongan ‘mat salleh’ disana adalah saiz dan juga kuasa. Dengan itu, Ford America telah melancarkan generasi terkini Ford F-Series Super Duty 2020 yang merangkumi tiga model trak pikap gergasi iaitu F-250, F-350 dan F-450. (more…)

Sempena Tahun Baru Cina 2019, Perodua telah membuat satu lawatan ke Hospital Selayang untuk memberikan sedikit kegembiraan kepada pesakit kanak-kanak di wad pediatrik hospital tersebut.

Program ziarah pesakit kanak-kanak telah dijalankan pada Sabtu lepas 10 sukarelawan Perodua serta maskot UFirst Ari mengedarkan angpow dan hamper yang mengandungi beg tali dan alat tulis kepada kira-kira 80 orang pesakit kanak-kanak.

Juadah hidangan makan tengahari juga telah disediakan untuk menambahkan lagi suasana gembira dan meriah di wad pediatrik tersebut. (more…)

BLACKPINK ‘In Your Area’ akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu ‘pit stop’ persembahan mereka pada 23 dan 24 Februari 2019 Konsert 2 hari kumpulan artis K-Pop terkemuka itu disampaikan oleh KIA Motors dimana mereka telah mengumumkan perkongsian dengan BLACKPINK Word Tour 2019 mulai tahun ini. (more…)

BMW Malaysia telah memperkenalkan Program Pakar Produk BMW (BMW Product Genius Programme) buat julung kalinya di Malaysia, dengan tujuh pakar terlatih dan ditempatkan di tiga premis pengedaran di sekitar kawasan Lembah Klang. (more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube