Proton telah diiktiraf atas program pembelajaran dan pembangunan yang cemerlang, amalan sumber manusia (HR) yang mampan serta program pembangunan majikan terbaik dalam Employee Experience Awards 2024 yang berprestij dan People & Purpose Awards 2024 yang berlangsung pada bulan Mei dan Jun tahun ini. Keempat-empat anugerah ini diterima pada dua acara berasingan telah membuktikan komitmen Proton dalam memupuk bakat dan membangunkan budaya kerja yang mampan, membolehkan Syarikat ini menyelaraskan usaha ke arah kemajuan yang lebih besar.
Employee Experience Awards yang dianjurkan oleh Human Resources Online Awards mengenal pasti majikan yang telah mengambil langkah yang nyata untuk meningkatkan pengalaman pekerja. Anugerah ini mengiktiraf Bahagian Sumber Manusia (HCD) Proton dalam dua kategori – Emas untuk Program Pengurus Pertama Terbaik dan Emas untuk Program Pembelajaran dan Pembangunan Terbaik. Anugerah pertama menekankan impak inisiatif yang menyeluruh dan memastikan pemimpin baru dapat berkembang dan menyumbang secara berkesan manakala anugera kedua melengkapkan kakitangan dengan kemahiran, pengetahuan dan peluang untuk perkembangan profesional.
Sementara itu, Anugerah People & Purpose 2024 oleh SEEK mengiktiraf para pengamal HR yang bersemangat dan didorong dengan tujuan. Ia telah mengiktiraf HCD Proton dalam dua kategori – Platinum dalam Amalan HR Mampan Terbaik dan Emas dalam Program Pembangunan Majikan Terbaik. Anugerah ketiga ini memuji amalannya untuk mewujudkan keseimbangan yang harmoni antara objektif perniagaan dan kesejahteraan pekerjanya untuk memacu matlamat organisasi manakala anugerah keempat mengesahkan program latihan dalaman Proton dan inisitatif pembangunan kerjaya untuk perkembangan professional.