Piston.my

Berita Terkini

 

Perodua Aruz semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sejak diperkenalkan Januari lalu apabila 14,000 tempahan telah pun di buat dengan 4,000 unit telah pun diserahkan kepada pemilik.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato Zainal Abidin Ahmad berkata pihaknya kini sedang bercadang untuk mngembangkan lagi bahagian pasaran di Malaysia Timur daripada 40 peratus pada masa ini.

“Saya dengan berbesar hati ingin mengumumkan bahawa sejak pelancaran Perodua Aruz pada Januari lalu, lebih 4,000 unit telah diserahkan kepada pemiliknya daripada 14,000 tempahan di seluruh negara setakat ini.

“Sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia telah mendorong kami untuk bekerja dengan lebih keras dalam memperbaiki tempoh masa penghantaran kami dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda,” katanya ketika majlis pelepasan Konvoi Perodua Aruz TransBorneo, hari ini.

Meskipun segmen SUV tujuh tempat duduk memiliki pelbagai persaingan namun ciri-ciri yang dimiliki Aruz menjadikan kereta nasional kedua negara itu kini menjadi semakin popular.

Ini 5 sebab mengapa kami rasa Perodua Aruz bakal terajui segmen SUV di Malaysia:

1) Harga berpatutan

Rakyat Malaysia mampu memiliki sebuah kenderaan SUV dengan harga serendah RM74,900 bagi varian X dan RM79,000 untuk varian AV. Harga kompetitif yang ditawarkan meletakkan Aruz model SUV yang paling murah di pasaran jika dibandingkan dengan jentera keluaran jenama lain didalam kelasnya.

2) Tujuh tempat duduk

Aruz didatangkan dengan tujuh tempat duduk sekaligus antara pesaing terdekat dalam kategori itu adalah Honda BRV dan Toyota Avanza namun kedua-duanya memiliki tanda harga yang lebih tinggi – sekitar RM8+,+++ ke atas.

3) Lengkap dengan ciri keselamatan

Didatangkan dengan enam beg udara dan Kawalan Kestabilan Kederaan (VSC) yang standard bagi semua varian bermakna anda tidak perlu membayar lebih untuk mendapatkan ciri-ciri ini!

4) Jimat minyak

Seperti kenderaan Perodua lain, Aruz adalah Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) – diperakui kerajaan Malaysia – sekaligus menjadi kenderaan dengan penggunaan bahan api paling efisien dalam kelasnya.

5) Reka bentuk bergaya dan praktikal

Aruz memiliki ketinggian 220mm dari tanah lantas memberikan pemandu penghilatan yang lebih jelas dan luas dan pemandu tidak perlu risau kalau cermin sisi menjadi mangsa ‘handle’motosikal yang menyelinap!

 

 

 

Terdapat ramai peminat Ford Mustang di Malaysia dan juga seluruh dunia yang berminat dengan gabungan reka bentuk ikonik jentera ‘muscle car’ dan prestasi unggul dari Amerika Syarikat. Oleh kerana itu, ramai juga yang sedang menanti pelancaran Shelby GT500 2020 yang dikatakan model paling canggih dan berkuasa dalam sejarah. (more…)

Naza Italia-Maserati baru sahaja melancarkan sebuah SUV edisi terhad sempena sambutan ulangtahun ke-10 jenama kenderaan premium ini mula bertapak di Malaysia iaitu Maserati Levante Vulcano Limited Edition. Hanya 10 unit sahaja akan dijual untuk pasaran Malaysia dalam menyambut 10 tahun mereka beroperasi di dalam negara. (more…)

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya buka mulut mengenai isu masalah bateri hibrid bagi model E300 BlueTEC Hybrid apabila memperkenalkan program Hybrid Battery Extended Warranty.

Dijual pada tahun 2015, ramai pemilik E300 BlueTEC Hybrid meluahkan rasa kurang senang apabila nilai kenderaan itu jatuh mendadak ekoraan timbul laporan kos untuk menggantikan bateri kenderaan tersebut mencecah RM120,000.

Mengenalpasti masalah disuarakan pemilik Mercedes,  MBM memperkenalkan program Hybrid Battery Extended Warranty dimana pemilik kenderaan E300 BlueTEC Hybrid dan S400 hanya perlu membayar RM2,688 untuk melanjutkan waranti kenderaan sehingga empat tahun.

Waranti tersebut menyediakan perlindungan menyeluruh untuk memperbaiki atau menggantikan bateri hybrid sehingga lapan tahun atau 180,000 kilometer. (mana yang sampai dahulu)

Selain itu, MBM turut mengumumkan bahawa harga baharu bagi menggantikan bateri E300 BlueTEC Hybrid adalah RM50,000 dan RM65,000 bagi model S400.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Bantuan Pelanggan di: 1-800-88-1333.

Mereka yang meminati dunia sukan permotoran ‘drifting’ semestinya akan mengenali sebuah lagenda dari Jepun iaitu Daigo Saito. Terkenal dengan aksi hebat dan juga beberapa jentera gila kegunaan drift seperti Lamborghini Murciélago, beliau kini tampil dengan satu lagi kereta drift baharu iaitu Toyota GR Supra model 2020. (more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube