Di tengah-tengah trend global pengelektrikan dan transformasi digital yang meluas, banyak jenama melangkah ke arah pengembangan antarabangsa dengan kelajuan dan skala yang belum pernah terjadi sebelum ini, terutamanya dalam industri automotif dengan negara Malaysia memegang kedudukan penting sebagai pasaran utama dalam perjalanan pengembangan ini.
JAECOO merupakan sebuah jenama global, di bawah jenama Chery, direka khas untuk pengembangan pasaran antarabangsa, dengan matlamat untuk menyediakan produk yang menyerlah kepada golongan profesional baru, memberi tumpuan kepada pilihan gaya hidup bertaraf tinggi. JAECOO berkomitmen untuk membina SUV gaya terkini luar jalan raya di dalam segmen premium.
JAECOO akan diperkenalkan kepada rakyat Malaysia tidak lama lagi, dan dua unit pertama JAECOO J7 AWD pandu kanan baru-baru ini telah tiba di Malaysia untuk ujian jalan raya untuk memenuhi piawaian prestasi dan keselamatan tertinggi. Ini termasuk previu eksklusif kepada wakil pengedar sah dan pelabur yang berpotensi menjelang pembukaan bilik pameran, serta permulaan inisiatif pemasaran pra-pengenalan awal untuk meningkatkan minat terhadap jenama dan kenderaan ini menjelang pengenalan rasmi ke pasaran Malaysia pada tahun 2024.