Piston.my

Berita Terkini

Perodua akan menyumbang 50 buah Myvi kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak serta 25 institusi pengajian tinggi di seluruh negara (untuk kegunaan dalam latihan dan penyelidikan), menjadikan ia antara penyerahan kenderaan terbesar yang pernah dilaksanakan oleh mereka. 25 institusi pendidikan tinggi ini merangkumi universiti, institusi vokasional, teknikal, latihan industri dan kemahiran belia. (more…)

Kepada semua peminat kereta Honda di dalam negara, ini adalah berita baik untuk anda. Mulai sekarang hingga 31 Disember 2018, Honda Malaysia telah mengumumkan sebuah kempen hujung tahun yang bernama “HONDA 3XTRAORDINARY SAVINGS” dimana anda boleh menikmati penjimatan sehingga RM50,000! (more…)

Cycle & Carriage Bintang Berhad baru sahaja melancarkan perkhidmatan servis terkini mereka iaitu Mercedes-Benz Star Mobile. Buat pertama kali di Malaysia, para pelanggan di dalam kawasan Lembah Klang boleh menggunakan servis penyelengaraan kenderaan tanpa perlu hadir ke pusat servis berdekatan. (more…)

Anugerah Malaysia Car of the Year 2018 (COTY 2018) yang dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik & IoT Malaysia (MARII)  sebentar tadi telah menobatkan Peugeot 3008 1.6 Active sebagai pemenang anugerah utama. (more…)

Naza Kia Malaysia akan menjalankan satu promosi menarik dengan kempen “Year End Surprise” dimana pelanggan boleh menikmati beberapa tawaran dan penjimatan sehingga RM15,000 dari 1 Disember – 31 Disember 2018! (more…)

Honda telah melancarkan varian baharu bagi model HR-V mereka untuk pasaran Eropah iaitu Honda HR-V Sport 2019. Apa yang menarik pada model ini? Segala aspek prestasi telah dipertingkatkan terutamanya pada bahagian enjin dimana HR-V Sport didatangi dengan enjin 1.5-liter VTEC Turbo. (more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube