SAIC Motor Malaysia mengumumkan bahawa tempahan kini dibuka untuk MG Cyberster, roadster elektrik pertama bagi jenama MG, dengan anggaran harga di bawah RM350,000. Cyberster menampilkan pintu gunting ikonik dan akan membuat penampilan umum di Auto Car Expo (ACE) 2024.
Roadster 2 Tempat Duduk Penuh Gaya dan Ikonik
MG Cyberster hadir dalam satu varian dengan prestasi hebat – 503PS dan tork maksimum 725Nm hasil pacuan semua roda (4WD) dengan dua motor. Dibekalkan dengan bateri 77 kWh, Cyberster mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam hanya 3.2 saat dan menawarkan jarak pemanduan sehingga 446km (WLTP).