Piston.my

Berita Terkini

Mini Cooper baharu didatangkan dengan pilihan enjin yang berbeza, termasuk enjin elektrik dan petrol. Mini Cooper S mempunyai enjin petrol berkuasa yang memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.

Dengan enjin turbo 2.0 liter yang mengeluarkan 204hp dan tork 300Nm, Mini Cooper S boleh pergi dari 0 hingga 100km/j dalam masa 6.6 saat. Ia direka untuk pengendalian tangkas, jadi anda boleh menikmati memandu di mana-mana jalan.

Anda boleh memilih daripada empat trim berbeza untuk Mini Cooper S. Trim Klasik menawarkan lebih banyak warna untuk badan dan bumbung. Warna Ocean Wave Green memberikan rupa yang sejuk, terutamanya dengan bumbung putih dan penutup cermin.

Di dalam, Trim Klasik mempunyai permukaan hitam-biru dan tempat duduk yang selesa dalam kelabu atau hitam. Reka bentuk dalaman bergaya, dengan corak houndstooth berlubang dan jahitan biru.

Walaupun ia kecil di luar, Mini Cooper S sangat menyeronokkan. Ia mempunyai trek yang lebih luas untuk pemanduan yang lebih baik dan dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti Safe Exit dan Parking Assistant. Selain itu, ia mempunyai pembantu suara untuk membantu anda semasa memandu.

Mercedes-Benz USA telah memperkenalkan Mercedes-AMG CLA 45 S “Edisi 1,” model edisi terhad yang direka untuk meningkatkan prestasi dinamik portfolio AMG CLA. Terhad kepada hanya 25 unit untuk pasaran A.S., model edisi khas ini menampilkan elemen reka bentuk luaran dan dalaman yang unik, bersama-sama dengan set lengkap peralatan standard. Berharga $81,195 (RM385,716), Mercedes-AMG CLA 45 S “Edisi 1” 2024 dijangka tiba tidak lama lagi di pengedar A.S.

Edisi 1 menyerlah dengan cat Manufaktur Mountain Grey Magno dan grafik tersendiri di sepanjang profil kenderaan, menampilkan logo AMG dan corak AMG dalam reka bentuk bendera berkotak-kotak. Aksen reka bentuk eksklusif dalam warna oren, Pakej Malam AMG Plus, dan Pakej Aerodinamik AMG dengan front splitter dan spoiler belakang yang lebih besar meningkatkan watak dinamik. Roda AMG hitam matte 19-inci dan  brek AMG Performance merah memberikan kontras yang menarik.

Di dalam, Edisi 1 menampilkan tempat duduk AMG Performance dengan upholsteri mikrofiber hitam dan jahitan oren, menawarkan sokongan luar biasa semasa pemanduan dinamik. Tempat letak kepala memaparkan penjenamaan “CLA 45 S” dalam warna oren. Aksen yang menarik diteruskan ke panel instrumen dengan jahitan kontras oren, panel pintu AMG bercahaya merah dan lampu merah khusus Edisi 1. Bahagian dalaman dilengkapkan lagi dengan stereng AMG Performance dalam kulit Nappa/microfiber dan trim AMG dalam aluminium dan hitam, sepadan dengan grafik luaran.

Di bawah hud, enjin M139 pengecas turbo AMG 2.0 liter Handcrafted menghasilkan 416hp dan 500Nm tork, membolehkan coupe sporty ini memecut dari 0 hingga 100km/j dalam hanya 4.0 saat. Standard AMG Performance 4MATIC+ pacuan semua roda boleh ubah sepenuhnya dengan AMG Torque Control memastikan prestasi pemanduan dinamik. Dilengkapi dengan multi-plate clutch yang dikawal secara elektronik pada differential belakang, sistem ini membenarkan pengagihan kuasa berubah antara gandar hadapan dan belakang, serta antara roda belakang kiri dan kanan, meningkatkan lagi keupayaan prestasi.

Dalam kehangatan amalan menderma pada bulan Ramadan yang mulia ini dan sambutan Aidilfitri bakal menjelma, smart Malaysia menawarkan diskaun eksklusif 30% ke atas kadar bayaran pengecasan awam untuk pemilik kereta smart, khas untuk pembayaran melalui Aplikasi Hello smart. Inisiatif ini adalah hasil daripada kerjasama erat dengan Penyedia Perkhidmatan Pengecasan (CPO) melalui integrasi sistem di atas talian.  Tempoh sah dari 6 hingga 14 April 2024, promosi ini ditawarkan khusus untuk kemeriahan ‘Balik Kampung’, menjadikan perjalanan lebih mudah dan berpatutan buat pelanggan.

Manfaatkan penjimatan 30% dengan Aplikasi Hello smart yang memberikan pengguna akses ke rangkaian stesen pengecasan di seluruh negara, dengan lebih 1,000 pengecasan awam telah disediakan. Pemilik boleh mencari lokasi pengecasan yang berhampiran, memeriksa status penggunaan stesen, dan memulakan sesi pengecasan dengan mudah. Selain itu, kemudahan ini meliputi stesen rakan kongsi seperti Gentari, JomCharge, dan chargEV di lebih daripada 400 lokasi di seluruh negara, termasuk pusat membeli-belah, bangunan pejabat, dan fasiliti tempat letak kereta awam.

(more…)

BMW Malaysia hari ini telah memulakan proses pratempahan bagi jentera BMW iX2 xDrive30 yang sulung untuk pasaran Malaysia, sebuah model Sports Activity Coupe Elektrik yang unik lagi versatil, ideal untuk pelbagai situasi pemanduan.

SAC Premium ini hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras yang tampak lebih elegan dan juga dinamik.  Sebagai iterasi jentera elektrik tulen yang pertama bagi BMW X2, BMW iX2 xDrive30 menyaksikan inovasi digital dengan rangkuman sistem kawalan yang buat julung kalinya berasaskan Android Open Source.

Iras BMW iX2 xDrive30 yang garang bermula dengan wajahnya, memuatkan gril ‘kidney’ BMW dengan rekaan tertutup yang baharu, dipadankan dengan gril jejaring hitam dan bingkai hitam berglos tinggi, lalu diserlahkan dengan BMW Kidney Iconic Glow. Lampu hadapan LED adaptif dengan pancaran BMW Selective turut disinambungkan dengan pencahayaan waktu siang yang membawakan susunan lampu secara menegak, dirumus untuk menjamin kebolehlihatan yang optimum demi pemanduan yang lebih selamat serta sebagai signatur kepada reka bentuk kontemporarinya. Sementara itu, apron hadapan jentera ini didatangkan dengan gril radiator dalam warna hitam berglos tinggi.

Dari sisi, siluet BMW iX2 xDrive30 yang gagah diperincikan dengan garis bumbung yang landai, tingkap yang menirus ke belakang, Garisan Bayang berglos tinggi M, serta jarak roda yang panjang. Jentera ini turut menampilkan set roda aloi ringan M bersaiz 20 inci dalam gaya 873 M dwiwarna beruji V, di samping hendal pintu yang mendatar dengan tubuhnya untuk memperkayakan lagi tarikan sporty kenderaan ini. Di seksyen belakang, lampu belakang LED didatangkan secara standard, menyumbang kepada iras BMW iX2 xDrive30 yang memukau, turut diserlahkan dengan spoiler belakang dalam rona hitam berglos tinggi yang unik.

Ruang kokpit BMW iX2 xDrive30 sulung mencuri perhatian dengan BMW Curved Display yang berciri digital 100% dan berpaksikan pemandu, ia dipadankan dengan kluster paparan instrumen 10.25 inci beresolusi tinggi serta paparan kawalan 10.7 inci. Di samping Papar Pandu BMW berwarna yang mempamerkan maklumat pemanduan asas dengan sudut yang jelas kepada pemandu, talam pengecas tanpa wayar dengan sistem penyejukan, tempat letak tangan dengan panel kawalan terintegrasi, operasi pintu but automatik dan sistem pembesar suara Hi-Fi Harman Kardon turut melengkapi dan menaik taraf aspek digitalisasi jentera ini, sekali gus menjadikan ruang interiornya benar-benar moden.

Menyempurnakan sisi elegan ruang interiornya ialah stereng kulit multifungsi M, yang membolehkan pelbagai fungsi kenderaan dioperasikan dengan sangat mudah, di samping trim interior Aluminium Hexacube Pale M, panel instrumen serba mewah – kini dengan urat yang lebih halus, serta upholsteri “Veganza” yang menjadi alternatif kepada kulit dengan sulaman berkontras. Kerusi sport standard disediakan di seksyen hadapan, yang memberi sokongan dan keselesaan kepada pengguna melalui dakapannya. Bagi tempat duduk belakang pula, ciri muatan boleh ubah dapat dimanfaatkan, yang membolehkan tempat duduk tersebut dilipat dengan pembahagian 40:20:40.

Sebagai iterasi jentera elektrik tulen yang sulung bagi BMW X2, BMW iX2 xDrive30 didatangkan dengan satu motor elektrik bagi setiap gandar. SAC premium ini mampu menjana output sistem sebanyak 313 kk (230 kW), termasuk suntikan kuasa 7 kk (5 kW). Bateri voltan tinggi 66.5 kWj yang dimuatkan di lantai kenderaan ini menjana jarak operasi WLTP sejauh 449 kilometer, membolehkan BMW iX2 xDrive30 yang sulung dipandu tanpa emisi lokal dan dengan keefisienan yang tinggi. Pecutan abad dapat dibuat oleh jentera ini dalam masa 5.6 saat sahaja, dengan kelajuan maksimum berpengehad elektronik yang mencecah 180 km/j.

BMW iX2 xDrive30 sulung menggandingkan ciri sporty dan keselesaan menerusi galas penstabil yang dinaik taraf pada gandar sangga spring hadapan dan juga pada gandar belakang dengan ciri multisambungannya, justeru memperbaiki kejituan pengendalian dan kestabilan guling; palang antiguling (ARB) persis penggerak yang standard, yang meningkatkan cengkaman dan stabiliti pemanduan; Suspensi M Adaptif dan Stereng Sport M, yang memadankan dinamik pemanduan luar biasa dengan cengkaman yang hebat, serta sensasi stereng yang sporty lagi jurus; dan Brek Sport M, untuk membekalkan daya pembrekan yang optimum.

Bukan itu sahaja, My Mode SPORT jentera BMW iX2 xDrive30 turut membekalkan potensi dinamik pemanduan yang lebih unggul, dengan respons kenderaan yang amat jurus lagi berkuasa.

SAC premium ini didatangkan dengan teknologi pengecasan terbaharu untuk AC dan juga DC, ia membolehkan pemandu mengecas BMW iX2 xDrive30 sulung mereka dengan cepat dan mudah, sama ada di rumah ataupun di luar. Dengan kuasa pengecasan maksimum berjumlah 130 kW di Stesen Pengecasan Berkuasa Tinggi (HPC), bateri voltan tinggi 66.5 kWj dalam SAC ini boleh dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam tempoh 29 minit sahaja. Bagi pengecasan AC melalui ‘Wallbox’ pula, kuasa pengecasan maksimumnya ialah 11 kW, membolehkan BMW iX2 xDrive30 yang sulung dicas dari 0 hingga 100 peratus dalam tempoh 6 jam 30 minit. Proses pengecasan ini juga dijadikan amat mudah dengan adanya aplikasi My BMW App.

BMW iX2 xDrive30 sulung membuktikan komitmen BMW Group dalam memacu aspirasi mobiliti berelektrik di Malaysia. Di samping lebih 2,020 fasiliti pengecasan yang kini tersedia di serata negara, dikuasakan menerusi kerjasama dengan pembekal fasiliti pengecasan kenderaan elektrik di peringkat tempatan, BMW Group Malaysia tekad dengan misinya untuk terus memajukan ekosistem EV di seluruh negara.

BMW Curved Display yang didatangkan secara standard dikuasakan oleh Sistem Operasi BMW 9 yang terkini, ia menampilkan skrin paparan BMW iDrive serta dilengkapi dengan BMW Intelligent Personal Assistant dan sistem kawalan dengan fungsi QuickSelect, yang buat julung kalinya berasaskan Android Open Source Project (AOSP). Ia menjanjikan pengantaramuka yang intuitif dengan halaman utama yang baharu – sebuah menu ringkas yang menyediakan akses segera kepada fungsi-fungsi yang kerap digunakan sebagai widget yang boleh disuai. Sistem ini juga membawakan BMW Maps, dengan fungsi-fungsi lanjutan yang dapat meringankan perjalanan pemandu ke destinasi mereka, di samping Proactive Care yang membolehkan jentera tersebut dengan sendirinya menguruskan isu servis kenderaan.

Dari segi sistem bantuan pemandu pula, Active Guard Basis, Driving Assistant Plus dan Parking Assistant Plus disediakan secara standard bagi BMW iX2 xDrive30 yang sulung. Active Guard Basis menawarkan fungsi Pengeluaran Laluan, Amaran Perlanggaran Hadapan dan Belokan Kiri, dengan intervensi stereng aktif dan fungsi pembrekan; Info dan Bantuan Had Kelajuan, termasuk indikator jangkaan dan larangan memotong; serta Bantuan Mengelak.

Driving Assistant Plus merupakan sistem bantuan berasaskan kamera dan radar, ia membekalkan fungsi Kawalan Luncur Aktif, Bantuan Stereng dan Kawalan Laluan, Info dan Bantuan Had Kelajuan, serta Amaran Pengeluaran Laluan dengan intervensi stereng aktif. Bagi kemudahan Parking Assistant Plus pula, ia merupakan sistem bantuan pemandu berasaskan kamera dan ultrabunyi, hadir dengan paparan parkir dan paparan 3D Jarak Jauh, termasuk Perakam Pandu dan Antikecurian. Juga didatangkan secara standard ialah Bantuan Kepekaan, yang menganalisis tingkah laku pemandu serta tempoh perjalanan mereka bagi mengingatkan pemandu untuk berehat seketika.

BMW iX2 xDrive30 yang sulung disediakan dalam pelbagai warna eksterior yang menawan, ia termasuk Alpine White, Black Sapphire, Skyscraper Grey, Cape York Green, Fire Red, M Portimau Blue, dan M Brooklyn Grey. Opsyen upholsteri yang dibawakan untuk BMW iX2 xDrive30 termasuk “Veganza” sebagai alternatif kulit dalam rona M Alcantara (Hitam) dengan Sulaman Berkontras Biru, Hitam Berleliang, Hitam/Coral Red Berleliang, Atlas Grey/Smoke White Berleliang, dan Mocha Berleliang.

Dengan Pelan Pembiayaan ‘Easy Drive’ daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW iX2 xDrive30 yang sulung boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 3,662.00 (berdasarkan pelan Easy Drive bertempoh 5 tahun dengan aras perbatuan 100,000 km pada nilai pinjaman sebanyak 80%). Bukan itu sahaja, para pelanggan juga boleh menikmati Rebat Tunai Easy Drive sebanyak RM 4,000.00 dengan membuat pendaftaran bagi Pembiayaan Easy Drive tersebut.

Dengan pelan pembiayaan ‘Straight Line’ yang disediakan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW iX2 xDrive30 yang sulung boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 3,331.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh tujuh tahun).

Para pemilik jentera BMW iX2 xDrive30 yang sulung ini juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Waranti Bateri BMW 8 Tahun / 160,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu)
  • Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
  • Servis Dalam Talian BMW

Harga runcit yang disyorkan (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW iX2 xDrive30 yang sulung ialah RM 282,800.00.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah baru-baru ini merampas sebuah kereta mewah Land Rover Range Rover SV Auto di Kompleks MasKargo, Zon Komersial Bebas (FCZ), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kereta yang dianggarkan bernilai hampir RM2 juta itu disita kerana ketiadaan permit import (AP).

Kereta itu disiasat kira-kira jam 4 petang. atas permintaan pegawai kastam di kompleks berkenaan, menurut Penolong Ketua Pengarah Kastam (Zon Tengah Selangor) Norlela Ismail. Ini kerana ia dianggap diimport tanpa AP daripada Kementerian Perdagangan dan Pelaburan Industri (MITI).

(more…)

Pelancaran strategi berani Nissan baru-baru ini termasuk rancangan untuk memperkenalkan 30 kenderaan baharu di seluruh dunia dalam tempoh tiga tahun akan datang, dengan sebahagian besar ditujukan untuk pasaran A.S.. Pelan bercita-cita tinggi ini menggariskan komitmen Nissan terhadap inovasi dan pertumbuhan, terutamanya melalui kerjasama yang diperkukuh dengan rakan kongsi dalam Renault Nissan Mitsubishi Alliance.

Aspek utama strategi Nissan melibatkan kerjasama dengan Mitsubishi untuk membangunkan kenderaan baharu untuk Amerika Utara. Antaranya ialah trak pikap 1 tan yang dibangunkan bersama yang dijangka akan dikeluarkan di Mexico. Walaupun butiran mengenai kemasukan pikap ini dalam pelancaran pasaran A.S. belum disahkan, pengeluarannya di Mexico boleh membantu menavigasi tarif dan memudahkan penjualannya di pasaran Amerika.

Pada mulanya, pikap baharu itu dijangka menampilkan enjin petrol, tetapi terdapat pertimbangan untuk lelaran masa depan untuk menggabungkan hibrid dan rangkaian kuasa elektrik. Ini sejajar dengan trend industri yang lebih luas ke arah elektrifikasi dan kemampanan. Nissan dan Mitsubishi telah membayangkan kerja mereka secara berasingan pada trak elektrik, mencerminkan komitmen bersama untuk memajukan teknologi kenderaan elektrik.

(more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube