Menurut khabar angin yang baru tersebar, besar kemungkinan Ducati akan berpindah milik sekali lagi.
Berita ini muncul semula setelah Volkswagen Group melantik Ketua Pegawai Eksekutif mereka yang baru, Herbert Diess, juga dikenali dengan nama timangan “The Cost Killer”.
Matlamat utama Diess adalah untuk memastikan keseluruhan operasi perniagaan VW berada di haluan yang sebenar bagi tahun 2018.