Piston.my

Berita Terkini

Tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda bumi Palu, Indonesia pada 28 September 2018 lepas telah meragut hampir 2,000 nyawa dan ramai lagi cedera parah. Dalam usaha untuk membantu mangsa bencana, Volvo Trucks Malaysia telah menyumbangkan RM 10,650 kepada Mercy Malaysia iaitu sebuah organisasi bantuan kemanusiaan berdedikasi untuk membantu mereka yang memerlukan sokongan di Palu.

Lebih dari 70,000 rumah telah musnah dalam nahas tersebut dimana ia berpunca dari satu gempa bumi bermagnitud 7.5 di skala Richter. Gempa bumi ini juga menghasilkan gelombang tsunami setinggi enam meter yang telah menghentam Sulawesi selaju 80km/j. (more…)

Tahun 2018 merupakan tahun rekod kelima berturut-turut untuk Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dalam mengekalkan tempat tertinggi bagi jenama kereta mewah di dalam negara. Sebanyak 13,079 unit dijual dimana mereka menyambut kenaikan keseluruhan sebanyak 9% jika dibandingkan dengan tahun 2017. (more…)

Automobili Lamborghini telah melancarkan varian Lamborghini Huracán terkini mereka iaitu Lamborghini Huracán EVO 2019 baru. Kereta sukan super V10 generasi terkini didatangkan dengan kehebatan dan prestasi Huracán Performante yang menggabungkan elemen dinamik generasi dan aerodinamik masa depan. (more…)

Perhatian kepada semua peminat pelumba Formula 1 Michael Schumacher! Sempena sambut hari kelahiran beliau yang ke-50, Muzium Ferrari telah membuka sebuah pameran istimewa iaitu ‘Michael 50’. Pelumba F1 tersohor yang berasal dari Germany telah diberi penghormatan di muzium yang terletak di Maranello, Italy dimana beliau telah memberi kemenangan terunggul Ferrari iaitu 5 kejuaraan berturut-turut dari tahun 2000 hingga 2004. (more…)

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bersama Perodua baru sahaja menamatkan Program Karakuri MARii dimana 30 peserta dari 15 syarikat telah dianugerahkan dengan sijil selesai program oleh CEO MARii, Dato’ Madani Sahari.

Menurut Dato’ Madani Sahari, “Industri automotif hanya boleh berkembang apabila terdapat usaha bersama dalam keseluruhan ekosistem automotif. Program MARii Karakuri adalah contoh platform kerjasama yang membolehkan peningkatan ekosistem.” (more…)

Seperti yang telah dinanti-nantikan selama ini, kenderaan Sport Utiliti atau SUV terbaru dari Perodua telah pun tiba dan namanya ialah Perodua Aruz! Model SUV dengan tujuh tempat duduk ini kini dibuka untuk tempahan dengan harga anggaran antara RM72,200 hingga RM77,200 (harga atas jalan tanpa insurans). (more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube