BMW Malaysia hari ini melancarkan BMW iX3 Edisi Akhir Baharu, kini dengan kemasan tambahan M Performance yang melengkapkan pakej M Sport, sekaligus meningkatkan lagi penampilan atletik Kenderaan Aktiviti Sukan (SAV) elektrik penuh premium tersebut.
BMW iX3 Edisi Akhir Baharu dibina berdasarkan versi ‘Impressive’ dan kini menampilkan kemasan baharu M Performance sebagai standard, yang terdiri daripada penutup cermin karbon M Performance, kemasan ambang pintu gentian karbon M Performance, spoiler belakang M Performance, serta naik taraf seumur hidup untuk suspensi M Adaptive.
Diperbuat daripada gentian karbon, penutup cermin karbon M Performance menekankan generasi berteknologi tinggi SAV ini dan menambahkan sentuhan atletik pada reka bentuk dinamiknya. Kemasan ambang pintu gentian karbon M Performance juga kini dilengkapi dengan sisipan karbon dan meningkatkan penampilan gaya sporty di samping logo berwarna M Performance yang menyerlah. Reka bentuk spoiler belakang M Performance yang hitam berkilat memberikan penampilan agresif pada SAV ini yang pastinya menarik perhatian ramai. Selain itu, suspensi Adaptive M yang baharu dengan ciri naik taraf seumur hidup, membolehkan pemandu memilih antara tetapan standard yang selesa atau beralih kepada mod Sport untuk pengendalian yang lebih sporty.
BMW iX3 Edisi Akhir Baharu akan terus menampilkan pelbagai kemasan standard yang sofistikated seperti bumbung kaca yang panoramik, penyaman udara automatik dengan kawalan tiga zon, tempat duduk sukan elektrik untuk pemandu dan penumpang hadapan, tayar aerodinamik M bersaiz 20 inci dengan 890 M Bicolour, Pembantu Pemandu Profesional, Pembantu Parkir Kereta Plus, lampu laser BMW, sistem bunyi sekeliling Harman Kardon, paparan hadapan BMW dan kaca akustik.
Merupakan produk teknologi BMW eDrive generasi kelima, tayar belakang BMW iX3 Edisi Akhir Baharu ini masih dikuasakan oleh motor elektrik yang sangat efisien dengan menjana sehingga 286hp dan tork puncak 400Nm. Hasilnya, pecutan pegun boleh dilakukan dalam masa 6.8 saat sahaja. Bateri voltan tinggi yang ringan juga menawarkan kapasiti kasar 80 kWj yang membolehkan julat sehingga 461km (WLTP) dalam satu cas penuh, di samping merekodkan penggunaan tenaga serendah 18.5 kWj setiap 100 km perjalanan.
BMW iX3 Edisi Akhir Baharu boleh didapati dalam enam warna luaran, iaitu M Carbon Black Metallic, Cashmere Silver, Sophisto Grey, Mineral White, Phytonic Blue dan Piemont Red. Upholsteri dalaman boleh didapati sama ada dalam Leather Vernasca Mocha dengan jahitan Décor atau Leather Vernasca Black dengan jahitan kontras biru.
Dengan pelan pembiayaan Easy Drive daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW iX3 Edisi Akhir Baharu ini boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan bermula daripada RM4,036.00 (berdasarkan pelan Easy Drive 5 tahun dengan perbatuan 100,000 km pada 80 peratus jumlah pinjaman).
Selain itu, pelanggan juga boleh memanfaatkan rebat tunai RM6,000.00, eksklusif untuk pendaftaran di bawah pilihan pembiayaan Easy Drive sahaja. *Amaun adalah berdasarkan RRP selepas rebat tunai RM6,000.00.
Dengan pelan pembiayaan Straight Line daripada BMW Group Financial Services Malaysia pula, BMW iX3 Edisi Akhir Baharu boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM3,531.00 (berdasarkan anggaran 80 peratus jumlah pinjaman untuk tempoh 7 tahun).
Pemilik BMW iX3 Edisi Akhir Baharu akan menikmati pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang menyeluruh termasuk:
- Waranti perbatuan tanpa had selama 5 tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual percuma
- Jaminan bateri selama 8 tahun oleh BMW / 160,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu)
- Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan BMW
- Servis Dalam Talian BMW
Harga jualan yang disyorkan (atas jalan, tanpa insurans) untuk BMW iX3 Edisi Akhir Baharu ini adalah RM299,800 (di atas jalan, tanpa insurans), dengan pilihan tambahan untuk BMW Service & Repair Inclusive pada RM19,800.00.