2024 menjadi satu detik yang bersejarah bagi MOTUL berhubung pengumuman rasminya untuk memperkukuhkan penjenamaanya di Malaysia. Langkah strategik ini menyusuli legasi cemerlang MOTUL di Malaysia yang berusia 30 tahun, merapatkan lagi hubungannya dalam pasaran automotif tempatan, serta memperbaharui komitmen MOTUL Malaysia untuk menonjolkan kecemerlangannya dalam teknologi pelincir.
Ditubuhkan pada tahun 1853, MOTUL sinonim dengan inovasi dan kecemerlangannya dalam teknologi pelincir sejak dahulu lagi. Dikenali atas peranan rintisnya dalam industri ini, MOTUL menjadi pilihan para peminat dan warga profesional dari generasi ke generasi dalam dunia automotif. Perkara ini dibuktikan melalui barisan produknya yang komprehensif, dimana setiap satunya diformulasi khusus agar dapat memenuhi standard prestasi dengan reliabiliti yang tinggi.
Legasi jenama ini diwarnai dengan sejarah yang berprestij dalam arena sukan permotoran dan perlumbaan serta didukung oleh usaha sama strategik bersama pasukan-pasukan yang popular dalam pelbagai acara perlumbaan terkemuka di seluruh dunia. Bukan sekadar sukan dan tradisi, MOTUL sentiasa berada di barisan hadapan untuk mencabar batasan prestasi dalam dunia automotif, memastikan setiap produk pelincir keluaran MOTUL menawarkan prestasi dan reliabiliti yang tiada tandingan menerusi sukan perlumbaan.