Piston.my

BM

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model baharu, Mercedes-Benz E 350 AMG Line yang merupakan model W213 E-Class yang telah dinaik taraf di majlis pelancaran yang diadakan di Cylce & Carriage Petaling Jaya, hari ini.

Dijual dengan harga RM399,888, Model E 350 AMG itu menyertai E 200 Sportstyle Avantgarde dan E 300 Exclusive Line yang turut sama menjalani penambahbaikan.

Model E 350 AMG didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbocharged berkembar empat silinder yang mampu mencerna 299hp sekaligus berupaya mencapai 0 – 100km/h dibawah 5.9 saat.

Model baharu itu turut didatangkan dengan Pakej Bantuan Pemanduan yang merangkumi beberapa ciri-ciri keselamatan penting antaranya, sistem kamera 360 darjah, Bantuan Parking dan Keyless-Go. Kereta tersebut turut disertakan dengan DYNAMIC BODY CONTROL – suspensi boleh laras agar mudah dipadankan dengan gaya pemanduan pemandu.

 

Selain itu, E 350 AMG turut didatangkan dengan lampu hadapan LED Multibeam, rim tayar AMG 19 inci dan stereng yang telah dilitupi kulit Nappa.

Bukan itu sahaja, model baharu itu turut dilengkapi sistem thermotronic, bumbung solar panoramic, kerusi depan boleh laras, sistem hiburan, sistem bunyi Burmester, pengecas tanpa wayar termasuk Apple CarPlay dan Android Auto.

Berikut senarai harga bagi ketiga-tiga model:

Mercedes-Benz E350 AMG Line (RM399,880)

Mercedes-Benz E200 SPORTSTYLE Avantgarde (RM329,888)

Mercedes-Benz E300 Exclusive (RM379,888)

Myvi kekal jadi tarikan utama Perodua.

Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) mencatat penjualan hampir 37,400 kenderaan dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2019 berbanding 34,800 yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan sebanyak 7.3% itu dilakar ekoran terdapat permintaan tinggi terhadap semua model yang ditawarkan.

“Peningkatan prestasi jualan adalah hasil daripada usaha kami untuk menambahbaik masa penghantaran kami,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin.

Myvi kekal menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dengan 15,000 unit berjaya dijual diikuti Axia (10,100), Bezza (5,900) dan Alza (2,700).

Model SUV terbaru, Aruz turut melakar penjualan sebanyak 3,600 meskipun baru diperkenalkan awal tahun ini.

3,600 unit dijual sejak dilancarkan pada Januari.

“Sementara menunggu laporan bahagian pasaran daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), kami menganggarkan bahawa bahagian pasaran kami setakat tahun ini adalah 41%.

“Sementara itu, SUV tujuh tempat duduk terbaharu kami, Perodua Aruz, terus meraih pesanan yang memberangsangkan dengan lebih daripada 13,000 tempahan diterima sejak awal Januari,” tambah Dato’ Dr Zahari.

Perodua menawarkan dua varian bagi model Aruz – X dan AV – namun hampir 85% tempahan adalah untuk model AV.

Menyedari permintaan yang tinggi, Perodua mengambil inisiatif untuk mengurangkan masa menunggu untuk Aruz dengan menyelaraskan operasi pengeluaran yang akan diteruskan ke sepanjang bulan Mac.

“Kami amat berterima kasih di atas sokongan dan kesabaran anda dan kami berharap agar kami dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda untuk masa yang akan datang,” kata Dato’ Dr Zahari.

Perodua kini mengadakan jerayawara (roadshow) Aruz On Tour di seluruh negara, bermula pada 13hb Februari di Selangor dan seterusnya ke Johor Bahru, Kota Bharu dan berakhir di Kuching pada 8-10hb Mac bertempat di pusat membeli-belah The Spring.

“Kami amat mengalu-alukan orang ramai yang berada di Kuching untuk menyertai Aruz On Tour dan melihat dengan lebih dekat SUV terbaharu Perodua serta memandu uji kenderaan tersebut.

“Sebagai alternatif, bercakaplah dengan penasihat jualan kami yang sah di pusat jualan dan pameran Perodua yang berhampiran anda untuk mengenalpasti kenderaan Perodua yang paling sesuai untuk anda,” kata Dato’ Dr Zahari.

Honda Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa model kompak SUV mereka iaitu Honda HR-V 2019 telah menerima tempahan lebih daripada 8,500 unit setakat ini. Dengan pelancaran rasmi pada Januari 2019, tempahan meningkat dan mereka berjaya mencapai sasaran tiga bulan dalam tempoh satu bulan sahaja dengan hampir 4,000 tempahan. (more…)

Proton Iriz 2019 baru sahaja dipratontonkan kepada pihak media Malaysia semalam di Proton Centre of Excellence (COE) semalam dah secara terus-terang, generasi terkini Proton Iriz memang nampak menarik. Model kali ini telah dikemaskini dan ditambahbaik dengan lebih 300 perubahan (367) yang akan menarik perhatian ramai rakyat Malaysia dengan reka bentuk dan kelengakapan baharu. (more…)

Pusingan ketiga Toyota Vios Challenge yang dijalankan hujung minggu lepas di Stadium Batu Kawan sempena Toyota Gazoo Racing Festival memberi pelbagai aksi-aksi menarik dari ketiga-tiga kategori perlumbaan dari Sporting, Super Sporting dan juga Promotional. (more…)

Honda Malaysia telah memperkenalkan dua model edisi terhad yang pasti akan menarik lebih ramai peminat kepada jenama pengeluar kereta terkemuka tersebut. Bagi 2019, Honda Jazz Mugen dan juga Honda BR-V Special Edition boleh didapati mulai sekarang. (more…)

Sememangnya terdapat ramai peminat jenama Porsche di dunia kerana sejarah mereka dalam mengeluarkan jentera yang bukan sahaja cantik malah berprestasi tinggi. Sedia ada, semua model keluaran mereka mampu menjana kuasa menakjubkan tetapi terdapat satu Porsche 911 Turbo S dari Guernsey, Kepulauan British yang mempunyai sedikit keistimewaan. (more…)

Pada 23-24 Februari 2019, Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang akan menjadi tempat tumpuan ramai dimana Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival akan menganjurkan pusingan ke-3 mereka acara utama iaitu Toyota Vios Challenge! (more…)

Pasaran kenderaan jenis SUV di Malaysia kini semakin hangat dengan beberapa model-model menarik yang telah dilancarkan dari pelbagai jenama dalam dan luar negara. Terdapat banyak pilihan yang mengikuti bajet anda dan mereka yang lebih berkemampuan semestinya mempunyai lebih banyak alternatif. Hari ini, kami ingin mengulas pengalaman bersama model kompak SUV premium pertama dari Volvo iaitu Volvo XC40 T5 R-Design 2018. (more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube