Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah menolak laporan daripada akhbar Thai, The Nation, yang mendakwa Tesla, pengeluar kereta elektrik (EV) dari Amerika Syarikat, telah menghentikan rancangan untuk menubuhkan kilang di Asia Tenggara, termasuk Malaysia.
Menurut laporan FMT, sumber dari MITI mengesahkan bahawa laporan The Nation, yang memetik sumber kerajaan yang tidak dinamakan, tidak mewakili kenyataan rasmi daripada Tesla dan tidak mempunyai pengesahan daripada syarikat itu sendiri. “Laporan yang dipetik bukan kenyataan rasmi daripada Tesla, dan pengesahan perlu datang terus daripada Tesla,” tegas sumber MITI.