Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, melancarkan Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas, dengan memperkenalkan pelbagai ciri baharu yang dinaik taraf. Model edisi khas ini meningkatkan lagi daya tarikan rangkaian Ranger yang popular ini, menggabungkan kejuruteraan canggih, prestasi bertenaga dan penampilan lasak untuk menawarkan pengalaman memandu yang unik bagi peminat trak pikup.
Ranger XLT Plus Edisi Khas menyerlah dengan penampilan yang agresif dan berani, dengan penambahbaikan luaran yang menonjolkan ciri praktikal dan daya tarikan visualnya. Sambungan Dapra Hitam Matte dan Palang Sukan Hitam Matte memberikan penampilan yang lebih lasak, manakala Pelekat Sisi Matte Ranger dan Pelekat Sukan Matte yang tersendiri pada hud menambah gaya sukan lumba pada kenderaan. Plat pelindung LED Ranger juga memberikan sentuhan premium sambil melindungi ambang pintu. Gril krom dan lampu depan LED melengkapi penampilan gah, manakala roda aloi 17 inci menyokong keupayaan untuk meredah pelbagai permukaan. Ciri praktikal seperti Pemegang Cawan Tarik Keluar juga menyediakan kemudahan tambahan yang memenuhi keperluan pemandu dan juga penumpang.