Berlangsung Auto Car Expo (ACE) 2024, PRO-NET, anak syarikat Proton, mendedahkan ruang dalaman Proton e.MAS 7 serta membuka tempahan untuk kenderaan elektrik nasional pertama Malaysia. Pembukaan yang penting ini berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City. Hal ini susulan kejayaan separuh pertama jelajah e.MAS 7 yang sedang berlangsung, dengan lebih 3,200km jarak perjalanan telah ditempuh setakat ini.
Tawaran Eksklusif dan Pelancaran Aplikasi e.MAS
Sebahagian daripada pelancaran ini, PRO-NET memperkenalkan Proton e.MAS 7 pada anggaran harga yang menarik dianggarkan pada harga RM 120,000, menjadikan teknologi kenderaan elektrik canggih ini lebih berpatutan untuk orang ramai. Untuk menarik minat kepada pelanggan terawal, tawaran istimewa ini turut disediakan dengan Pioneer Privilege Deal yang menawarkan rebat bernilai RM 500 dan Pioneer Gift Pack bernilai RM 1,000 bagi memberikan nilai luar biasa kepada pelanggan terawal. Tawaran ini sah dari 26 Oktober sehingga ke pelancaran rasmi hujung tahun ini.