Honda Malaysia baru sahaja menandatangani sijil kerjasama (C0C) dengan Jabatan Politeknik dan Pendidikan Kolej Komuniti bersama Kementerian Pendidikan dalam menggabungkan modul latihan Honda dalam program latihan automotif. (more…)
Nasim Sdn Bhd (Peugeot Malaysia) telah mengumumkan harga baharu bagi model-model tawaran mereka di pasaran Malaysia yang kini telah dikemaskinikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST. Cukai SST sebanyak 10% ini telah pun bermula pada awal bulan September 2018. (more…)
Kereta jenis MPV (Multi-Purpose Vehicle) paling laris dan juga paling berpatutan kini telah dikemaskinikan untuk tahun 2018 dengan pelancaran generasi terbaru Perodua Alza. Kini dengan empat varian berbeza, Perodua Alza 2018 kini boleh didapati dari RM51,490 hingga RM62,690 (harga atas jalan tanpa insurans). (more…)
BMW Malaysia telah memperkenalkan BMW 6 Series Gran Turismo yang pertama yang bertemakan keluasan, keselesaan dan fungsi yang tiada tandingan di dalam kelas kenderaan mewah. Varian yang telah dilancarkan semalam adalah BMW 630i GT model CKD terkini yang mebawa jumlah model yang dipasang di dalam negara kepada sembilan model dan 11 varian. (more…)
Setelah sekian lama, Proton buat pertama kalinya telah membuat pratonton kepada semua ahli media Malaysia. Seperti yang tertera di atas, nama bagi model SUV pertama dari Proton adalah Proton X70. Majlis pratonton kepada para media telah diadakan di Pusar Reka Bentuk Proton di Subang Jaya, Selangor. (more…)
Honda merupakan salah satu pengeluar kereta (dan juga motor) yang paling berpengaruh di dunia. Mengikuti sejarah permulaan Honda dengan pengasas idealistik iaitu Soichiro Honda seawal tahun 1940-an, pembangunan jenama Honda merupakan sebuah perjalanan yang sangat unik dan menarik.
Hasil dari segala evolusi syarikat, pandangan dan matlamat untuk menjadi syarikat pengeluar kereta terhebat di dunia adalah barisan kenderaan yang sangat berpengaruh dan mempunyai pengikut yang ramai serta setia di seluruh pelosok dunia.
Berikut adalah 10 kereta Honda yang paling ikonik di dalam sejarah mereka (mengikut pendapat kami di MotoMalaya.net). (more…)
BMW Malaysia telah mengumumkan senarai harga baharu bagi model-model yang ditawarkan di Malaysia. Harga baharu ini telah dikemaskinikan dengan tambahan Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST sebanyak 10% dan berdasarkan senarai harga yang telah diberi, terdapat beberapa perubahan yang ketara. (more…)
Perodua baru sahaja mengumumkan harga terkini bagi model-model kenderaan mereka dengan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai cukai SST. Berdasar kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Perodua, harga kereta mereka kini lebih murah dari 1 hingga 3% berbanding dengan harga jualan sewaktu Cukai Barangan dan Perkhidmatan GST dilaksanakan! (more…)
Honda Malaysia baru sahaja mengumumkan harga kenderaan-kenderaan mereka yang kini telah dikuatkuasakan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST mulai 1 September 2018. Harga terkini adalah harga atas jalan dengan cukai jualan 10%. Bagi mana-mana servis (alat ganti dan caj buruh penyelenggaraan) yang termasuk dalam khidmat selepas jualan, cukai 6% akan dikuatkuasakan. (more…)
Perhatian kepada semua pengarah filem tanah air! Pertandingan filem pendek BMW Shorties kembali untuk tahun ke-12. BMW Shorties merupakan pertandingan filem pendek masyhur yang paling lama ditubuhkan di Malaysia sejak tahun 2006! (more…)
© Hak Cipta – Piston.my 2024. Trademark adalah hak milik pemilik sepenuhnya. Semua hak terpelihara.