Volvo Car Malaysia (VCM) telah mengumumkan senarai harga bagi kereta Volvo di Malaysia dengan kadar GST 0%.
Pengumuman ini bersempena dengan arahan penetapan kadar GST pada 0% oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang akan mula dikuatkuasa pada tarikh 1 Jun 2018.
Bukan sekadar harga kereta sahaja yang telah ditetapkan pada GST 0%, harga bagi perkhidmatan penyelenggaraan dan alat ganti, serta pakej ‘Volvo Service Agreement’ (VSA) juga telah turut dikaji semula
Perodua telah berjaya menyerahkan 38,000 buah kereta Perodua Myvi Baru kepada pelanggannya pada minggu ketiga bulan April.
Perodua juga berjaya mencatatkan rekod baru jualan suku pertama bagi Perodua, dengan bahagian pasaran berjumlah 41.5%.
Mereka juga akan melancarkan kempen ‘Perodua Pilihanku, yang akan bermula dengan Hari Pelanggannya yang berlangsung dari 5 hingga 6 Mei 2018, dari 9 pagi hingga 5 petang, di ke semua Bilik Pameran dan Pusat Perkhidmatan Perodua.