Piston.my

BM

Naza Kia Malaysia secara rasminya telah melancarkan Kia Picanto GT-Line 2019 untuk pasaran negara. Kereta kompak terlaris dari Kia kini mempunyai varian yang paling ‘sporty’ pada harga yang berpatutan iaitu RM57,888 (harga atas jalan tanpa insurans). (more…)

Ford F-450 2020

Pasaran kenderaan di Amerika Syarikat adalah antara pasaran yang paling menarik lebih-lebih bagi dalam segmen trak pikap. Antara kriteria yang diberikan keutamaan bagi golongan ‘mat salleh’ disana adalah saiz dan juga kuasa. Dengan itu, Ford America telah melancarkan generasi terkini Ford F-Series Super Duty 2020 yang merangkumi tiga model trak pikap gergasi iaitu F-250, F-350 dan F-450. (more…)

Sempena Tahun Baru Cina 2019, Perodua telah membuat satu lawatan ke Hospital Selayang untuk memberikan sedikit kegembiraan kepada pesakit kanak-kanak di wad pediatrik hospital tersebut.

Program ziarah pesakit kanak-kanak telah dijalankan pada Sabtu lepas 10 sukarelawan Perodua serta maskot UFirst Ari mengedarkan angpow dan hamper yang mengandungi beg tali dan alat tulis kepada kira-kira 80 orang pesakit kanak-kanak.

Juadah hidangan makan tengahari juga telah disediakan untuk menambahkan lagi suasana gembira dan meriah di wad pediatrik tersebut. (more…)

BLACKPINK ‘In Your Area’ akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu ‘pit stop’ persembahan mereka pada 23 dan 24 Februari 2019 Konsert 2 hari kumpulan artis K-Pop terkemuka itu disampaikan oleh KIA Motors dimana mereka telah mengumumkan perkongsian dengan BLACKPINK Word Tour 2019 mulai tahun ini. (more…)

BMW Malaysia telah memperkenalkan Program Pakar Produk BMW (BMW Product Genius Programme) buat julung kalinya di Malaysia, dengan tujuh pakar terlatih dan ditempatkan di tiga premis pengedaran di sekitar kawasan Lembah Klang. (more…)

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan Mitsubishi Triton 2019 awal pagi tadi. Generasi terkini trak pikap dari Mitsubishi akan dipasarkan di dalam negara dengan pilihan lima varian berbeza mulai RM100,200 ke RM135,200 (harga atas jalan tanpa insurans). (more…)

BMW Group Malaysia telah mengorak langkah baru bagi permulaan tahun 2019 dengan melancarkan enam Fasiliti Pengecasan BMW i di Bangsar Shopping Centre. Sebagai salah satu peneraju di dalam arena e-mobiliti di Malaysia, ini merupakan satu langkah menarik dalam Visi Mobiliti BMW Group Malaysia di dalam negara. (more…)

Inginkan trak pikap atau ‘monster truck’ paling mantap di Malaysia? Anda boleh ke Hamawangsa Automall, Taman Tun Dr Ismail dimana mereka telah melancarkan Sutton CS3500 boleh didapati dengan segera dan dipasang lengkap di Malaysia. (more…)

Minggu lepas, kami dan beberapa media permotoran tanah air tercinta telah mendapat peluang untuk mencuba Toyota Vios 2019 tawaran dari UMW Toyota Sdn Bhd. Vios generasi baharu dengan tagline “As Never Before” memberi imej awal sebuah kenderaan serba baharu yang dipasarkan untuk pelbagai golongan dari mereka yang baru bekerja hingga berkeluarga yang ingin mencari sebuah kenderaan yang selesa dan berpatutan dari semua aspek termasuk servis selepas jualan. (more…)

UMW Toyota Sdn Bhd secara rasminya telah melancarkan Toyota Vios 2019 untuk pasaran negara. Model Vios generasi baharu ini mempunyai pelbagai penambahbaikkan dari segi reka bentuk, prestasi dan juga kelengkapan luaran serta dalaman untuk peningkatan pengalaman memandu untuk pemandu dan juga para penumpang. (more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube