Dalam tempoh kurang sebulan sejak pelancarannya, Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah berjaya melengkapkan penghantaran sebanyak 200 unit model pemasangan tempatan (CKD) pertama, GWM Haval H6 HEV ke seluruh negara. SUV hibrid ini juga telah mencatat jumlah tempahan melebihi 1,500 unit. Rekod jualan yang mengagumkan ini bukan sahaja membuktikan permintaan yang kukuh untuk pasaran Malaysia, malah mencerminkan komitmen unggul GWM dalam memperluaskan pasaran dan menawarkan rangkaian kenderaan yang berkualiti tinggi serta mampu milik untuk pasaran tempatan.
GWM berpegang teguh pada strategi perniagaan jangka panjang ‘long-termism’ yang menjadi pemangkin untuk jangkauan dan jualan di peringkat global. Strategi ini berasaskan empat tonggak utama globalisasi iaitu ‘Locally Built’, ‘Locally Operated’, ‘Locally Cultivated ’dan ‘Supply Chain Integrated’. Dengan variasi produk yang memenuhi citarasa pengguna di seluruh dunia, GWM berjaya mencatat jualan global sebanyak 122,700 unit, menandakan peningkatan tahunan yang mengagumkan sebanyak 39.85%.