Naza Italia-Maserati baru sahaja melancarkan sebuah SUV edisi terhad sempena sambutan ulangtahun ke-10 jenama kenderaan premium ini mula bertapak di Malaysia iaitu Maserati Levante Vulcano Limited Edition. Hanya 10 unit sahaja akan dijual untuk pasaran Malaysia dalam menyambut 10 tahun mereka beroperasi di dalam negara. (more…)
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya buka mulut mengenai isu masalah bateri hibrid bagi model E300 BlueTEC Hybrid apabila memperkenalkan program Hybrid Battery Extended Warranty.
Dijual pada tahun 2015, ramai pemilik E300 BlueTEC Hybrid meluahkan rasa kurang senang apabila nilai kenderaan itu jatuh mendadak ekoraan timbul laporan kos untuk menggantikan bateri kenderaan tersebut mencecah RM120,000.
Mengenalpasti masalah disuarakan pemilik Mercedes, MBM memperkenalkan program Hybrid Battery Extended Warranty dimana pemilik kenderaan E300 BlueTEC Hybrid dan S400 hanya perlu membayar RM2,688 untuk melanjutkan waranti kenderaan sehingga empat tahun.
Waranti tersebut menyediakan perlindungan menyeluruh untuk memperbaiki atau menggantikan bateri hybrid sehingga lapan tahun atau 180,000 kilometer. (mana yang sampai dahulu)
Selain itu, MBM turut mengumumkan bahawa harga baharu bagi menggantikan bateri E300 BlueTEC Hybrid adalah RM50,000 dan RM65,000 bagi model S400.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Bantuan Pelanggan di: 1-800-88-1333.
Mereka yang meminati dunia sukan permotoran ‘drifting’ semestinya akan mengenali sebuah lagenda dari Jepun iaitu Daigo Saito. Terkenal dengan aksi hebat dan juga beberapa jentera gila kegunaan drift seperti Lamborghini Murciélago, beliau kini tampil dengan satu lagi kereta drift baharu iaitu Toyota GR Supra model 2020. (more…)
Sime Darby Auto Performance (SDAP), pengimport rasmi kenderaan Porsche di Malaysia telah membuka kedai ‘pop-up’pertama di pusat bandaraya Pulau Pinang. Kedai tersebut terletak di pusat membeli-belah Gurney Paragon di Jalan Kelawai.
Peminat Porsche yang bertandang ke kedai pop-up tersebut akan disajikan dengan suasana mewah sambil menikmati secawan kopi gourmet ketika meninjau kereta yang terdapat di situ.
Selain itu, pengunjung turut diberi peluang memandu uji jentera Porsche yang disediakan – dengan syarat membuat temu janji lebih awal dengan Pusat Porsche Pulau Pinang.
Bukan itu sahaja, pakaian dan aksesori Porsche Driver Selection turut boleh didapati di kedai tersebut.
“Sebagai komitmen kami untuk menyediakan pengalaman unik dan tidak ternilai kepada pemilik Porsche di bahagian Utara, kedai ‘pop-up’ kami menawarkan servis ‘drop-off’- selepas mengadakan temu janji – sekiranya pemilik mahu menyelenggara kereta mereka. Pelanggan boleh meninggalkan kereta mereka sementara kami akan menguruskan penghantaran dan servis di Pusat Porsche Pulau Pinang,”jelas Ketua Pengarah Eksekutif SDAP, Christopher Hunter.
Kedai tersebut turut bakal menampilkan model 718 Cayman SportDesign Series yang baru dilancarkan. Siri terbaru itu merupakan model paling menyerlah dalam barisan 718 lain bukan sahaja daripada aspek prestasi bahkan reka bentuk dan gaya.
Dijual pada harga RM625,000 dengan hanya terhad kepada 15 unit sahaja, model 718 Cayman SportDesign didatangkan dengan waranti empat tahun dan pakej penyelenggaraan percuma.
Pasaran SUV di Malaysia sedang mengalami sebuah ‘letupan’ dimana pelbagai tawaran dari beberapa syarikat pengeluar kenderaan dalam dan luar negara. Tugas untuk memilih kenderaan SUV yang paling sesuai untuk anda kini menjadi lebih sukar dan terdapat pelbagai pilihan menarik dan kami ingin berkongsi pengalaman bersama model yang kurang disebut iaitu Toyota Harrier 2.0T. (more…)
PROTON telah memperkenalkan model terkini Proton Persona 2019 yang bakal mengambil alih pasaran kenderaan b-segmen di Malaysia. Seperti mana Proton Iriz 2019 telah dilancarkan pada minggu lepas, generasi ‘facelift’ terkini Proton Persona ini telah melalui 303 perubahan kritikal untuk menghasilkan sebuah pakej yang menarik dengan slogan “Intelligence That Cares”. (more…)
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah mengumumkan Nissan X-Trail Facelift 2019 baharu yang kini boleh ditempah. Jangkaan pelancaran rasmi adalah pada April 2019.
Terdapat empat varian untuk pilihan anda iaitu tiga model Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) dan satu model Hybrid baharu yang menggunakan enjin 2.0-liter (MR20DD) Hybrid bersama Twin CVTC (Continuous Variable-Valve Timing Control) dan XTRONIC CVT (Continuois Variable Transmission). (more…)
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model baharu, Mercedes-Benz E 350 AMG Line yang merupakan model W213 E-Class yang telah dinaik taraf di majlis pelancaran yang diadakan di Cylce & Carriage Petaling Jaya, hari ini.
Dijual dengan harga RM399,888, Model E 350 AMG itu menyertai E 200 Sportstyle Avantgarde dan E 300 Exclusive Line yang turut sama menjalani penambahbaikan.
Model E 350 AMG didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbocharged berkembar empat silinder yang mampu mencerna 299hp sekaligus berupaya mencapai 0 – 100km/h dibawah 5.9 saat.
Model baharu itu turut didatangkan dengan Pakej Bantuan Pemanduan yang merangkumi beberapa ciri-ciri keselamatan penting antaranya, sistem kamera 360 darjah, Bantuan Parking dan Keyless-Go. Kereta tersebut turut disertakan dengan DYNAMIC BODY CONTROL – suspensi boleh laras agar mudah dipadankan dengan gaya pemanduan pemandu.
Selain itu, E 350 AMG turut didatangkan dengan lampu hadapan LED Multibeam, rim tayar AMG 19 inci dan stereng yang telah dilitupi kulit Nappa.
Bukan itu sahaja, model baharu itu turut dilengkapi sistem thermotronic, bumbung solar panoramic, kerusi depan boleh laras, sistem hiburan, sistem bunyi Burmester, pengecas tanpa wayar termasuk Apple CarPlay dan Android Auto.
Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) mencatat penjualan hampir 37,400 kenderaan dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2019 berbanding 34,800 yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu.
Peningkatan sebanyak 7.3% itu dilakar ekoran terdapat permintaan tinggi terhadap semua model yang ditawarkan.
“Peningkatan prestasi jualan adalah hasil daripada usaha kami untuk menambahbaik masa penghantaran kami,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin.
Myvi kekal menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dengan 15,000 unit berjaya dijual diikuti Axia (10,100), Bezza (5,900) dan Alza (2,700).
Model SUV terbaru, Aruz turut melakar penjualan sebanyak 3,600 meskipun baru diperkenalkan awal tahun ini.
“Sementara menunggu laporan bahagian pasaran daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), kami menganggarkan bahawa bahagian pasaran kami setakat tahun ini adalah 41%.
“Sementara itu, SUV tujuh tempat duduk terbaharu kami, Perodua Aruz, terus meraih pesanan yang memberangsangkan dengan lebih daripada 13,000 tempahan diterima sejak awal Januari,” tambah Dato’ Dr Zahari.
Perodua menawarkan dua varian bagi model Aruz – X dan AV – namun hampir 85% tempahan adalah untuk model AV.
Menyedari permintaan yang tinggi, Perodua mengambil inisiatif untuk mengurangkan masa menunggu untuk Aruz dengan menyelaraskan operasi pengeluaran yang akan diteruskan ke sepanjang bulan Mac.
“Kami amat berterima kasih di atas sokongan dan kesabaran anda dan kami berharap agar kami dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda untuk masa yang akan datang,” kata Dato’ Dr Zahari.
Perodua kini mengadakan jerayawara (roadshow) Aruz On Tour di seluruh negara, bermula pada 13hb Februari di Selangor dan seterusnya ke Johor Bahru, Kota Bharu dan berakhir di Kuching pada 8-10hb Mac bertempat di pusat membeli-belah The Spring.
“Kami amat mengalu-alukan orang ramai yang berada di Kuching untuk menyertai Aruz On Tour dan melihat dengan lebih dekat SUV terbaharu Perodua serta memandu uji kenderaan tersebut.
“Sebagai alternatif, bercakaplah dengan penasihat jualan kami yang sah di pusat jualan dan pameran Perodua yang berhampiran anda untuk mengenalpasti kenderaan Perodua yang paling sesuai untuk anda,” kata Dato’ Dr Zahari.
Honda Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa model kompak SUV mereka iaitu Honda HR-V 2019 telah menerima tempahan lebih daripada 8,500 unit setakat ini. Dengan pelancaran rasmi pada Januari 2019, tempahan meningkat dan mereka berjaya mencapai sasaran tiga bulan dalam tempoh satu bulan sahaja dengan hampir 4,000 tempahan. (more…)