PRO-NET, anak syarikat kepada pengeluar automotif nasional Proton, dengan bangganya mengumumkan bahawa Proton e.MAS 7, EV pertama syarikat, telah mencatat lebih 2,500 tempahan. Pencapaian gemilang ini mencerminkan semangat yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap mobiliti lestari dan menandakan permintaan tinggi terhadap Proton e.MAS 7.
Proton e.MAS 7, EV nasional pertama Malaysia, terus menarik perhatian kerana inovasi dan nilainya, dengan menawarkan dua varian iaitu Prime dan Premium yang dikuasakan oleh bateri berkapasiti 49.52 kWh dan 60.22 kWh. Dengan jarak WLTP sehingga 410 km, EV ini menyokong pengecasan AC 11kW dan pengecasan pantas DC sehingga 100kW. Harga Atas Jalan (tanpa insurans) untuk Proton e.MAS 7 ialah RM109,800 bagi varian Prime dan RM123,800 bagi varian Premium. Sebagai tawaran pelancaran istimewa untuk 3,000 pelanggan pertama, rebat RM4,000 diberikan, menjadikan harga varian Prime RM105,800 dan varian Premium RM119,800.