Peugeot Malaysia hari ini mengumumkan pakej waranti standard yang baru untuk semua kenderaan baharu Peugeot. Berkuatkuasa serta-merta, pelanggan yang membeli kenderaan baharu Peugeot kini layak untuk menerima jaminan selama 5 tahun atau perbatuan sejauh 150,000km, mana-mana tiba dahulu. Jaminan selama 5 tahun ini merangkumi jaminan pengeluar untuk 3 tahun dan tambahan jaminan lanjutan selama 2 tahun yang sama seperti jaminan pengeluar bagi semua kenderaan penumpang.
Waranti 5 tahun baharu itu boleh dilanjutkan dengan pilihan perlindungan selama 2 tahun lagi, sekali gus memberikan perlindungan komprehensif sehingga 7 tahun atau perbatuan sejauh 200,000km, mana-mana tiba dahulu. Sebagai tambahan, pelanggan mempunyai fleksibiliti untuk membeli jaminan lanjutan ini dalam tempoh 90 hari pertama bagi mendapatkan harga promosi. Jika ia dibeli 90 hari sebelum jaminan tamat, harga normal akan dikenakan.