Piston.my

Dalam Negara

Perubahan Laluan Trafik Bermula 22 Julai

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan bahawa perubahan trafik yang ketara akan dilaksanakan di Jalan Sultan Ismail mulai 22 Julai 2024. Berdasarkan keputusan Jawatankuasa Kabinet mengenai keselamatan jalan raya dan kesesakan lalu lintas, laluan dari persimpangan Jalan Raja Chulan ke Jalan Bukit Bintang akan kembali ke arah asalnya sehala, berkuat kuasa mulai 12:01 pagi Isnin depan.

Kajian dan Pertimbangan Maklum Balas

DBKL menyatakan keputusan ini diambil selepas kajian menyeluruh dan pertimbangan maklum balas yang diterima sepanjang tempoh percubaan yang bermula pada 1 Mei 2024. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut, yang sering menjadi tumpuan penduduk dan pelawat.

(more…)

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, mencadangkan pengurangan had laju maksimum di zon sekolah kepada 30km/j, turun daripada had sebelumnya iaitu 40 km/j. Langkah ini bertujuan meningkatkan keselamatan murid dan pelajar sekolah yang sering terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya. Cadangan ini dibentangkan dalam usaha untuk menurunkan kadar kemalangan dan meningkatkan keselamatan di kawasan sekolah.

Statistik Kemalangan di Zon Sekolah

Menurut statistik yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), tahun 2023 menyaksikan 322 kes kecederaan termasuk kematian akibat kemalangan di zon sekolah. Secara purata, terdapat 67 kematian setiap tahun akibat kejadian di kawasan tersebut. Dr. Ahmad Zahid menekankan bahawa pengurangan had laju kepada 30 km/j bersama pembinaan bonggol laju akan membantu meningkatkan keselamatan dengan ketara.

(more…)

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengakhiri bulan Jun 2024 dengan pencapaian yang cemerlang, mencatatkan jualan bulanan sebanyak 7,600 unit. Pencapaian ini meningkatkan jumlah jualan tahun semasa kepada 47,000 unit, menunjukkan inisiatif teguh syarikat dan promosi berteraskan pelanggan yang berjaya.

Dedikasi kepada Pelanggan dan Inisiatif Komuniti

Dedikasi UMWT untuk menyediakan penyelesaian mobiliti yang inovatif dan penglibatan dalam inisiatif komuniti yang lebih luas terbukti dalam prestasi jualan yang positif ini. Syarikat mengaitkan kejayaan ini kepada usaha promosinya yang tertumpu dan komitmen yang teguh terhadap kepuasan pelanggan dan tanggungjawab sosial.

(more…)

Continental Tyres memperkenalkan tayar MaxContact MC7, tayar bergaya dan berprestasi tinggi, yang direka bentuk untuk landskap bandar serta disesuaikan untuk memenuhi keperluan para pemandu Asia Pasifik (APAC). Produk baharu ini menghasilkan prestasi pemanduan memberangsangkan yang meningkatkan pemanduan harian ke tahap yang lebih unggul dengan kawalan maksimum melalui pengemudian yang tepat dan pengendalian yang dinamik.

“Dibangunkan dan diuji oleh pasukan yang terdiri daripada 25 jurutera dan pakar bahan melalui lebih 8,000 jam dalam R&D, kami. merekayasa tayar bergaya dan berprestasi tinggi yang memenuhi keperluan unik para pemandu yang mercari keterujaan dalam pemanduan harian mereka,” kata Tolga Mutlu, Ketua Pengurusan Produk, Continental Replacement Tyres APAC,

“Inilah kelebihan yang ditawarkan oleh MaxContact MC7 baharu.”

Kawalan Maksimum Membawa kepada Keterujaan Pemanduan Maksimum

MaxContact MC7 baharu ini menyediakan pengendalian yang lebih terperinci dan kestabilan yang luar biasa untuk para pemandu ketika mengambil selekoh yang lebih tajam dan memandu di pusingan sudut pada kelajuan yang lebih tinggi, disebabkan oleh pengoptimuman pengagihan tekanan dalam tayar. Kelebihan ini dicapai oleh MC7 dengan memaksimumkan kawasan sentuhan dengan jalan untuk mencipta jejak yang lebih luas dengan Cornering Macroblocks, sekali gus mengagihkan semula daya untuk pemanduan yang lebih terkawal dan stabil.

Kompaun ReFlex MaxContact MC7 juga menghasilkan rintangan yang lebih tinggi terhadap ubah bentuk tayar (tyre deformation) serta membawa kepada tindak balas dan ketepatan pengemudian yang lebih baik.

Teknologi Silika Baharu Memastikan Pemanduan yang Stabil dan Selamat

Direka bentuk untuk memastikan keselamatan walaupun semasa musim hujan yang kerap di АРАС, termasuk Malaysia, MaxContact MC7 baharu menghasilkan cengkaman yang dipertingkatkan serta jarak membrek yang lebih pendek untuk memastikan pemanduan yang stabil dan selamat. 3D Laser-cut Sipes meningkatkan cengkaman dan brek dalam keadaan basah dan hujan, mengurangkan risiko penyatahan air (aquaplaning) dengan menolak keluar air melalui alur tayar dengan cepat. Teknologi silika dalam sebatian ReFlex meningkatkan pemindahan tenaga kinetik kepada haba apabila membrek, sekali gus membawa kepada jarak membrek yang lebih pendek di jalan kering dan juga basah.

Pemanduan Lebih Senyap dengan Pemutus Bunyi Dinaik Tarat

Two-in-1 Noise Breaker 3.0 yang telah dinaik tarat memecahkan gelombang bunyi, mencegah bunyi daripada terkumpul dan masuk ke dalam kabin kereta, menghasilkan pemanduan lebih senyap yang disukai oleh pemandu di bandar yang bergaya. Walaupun semasa memandu kereta sport, pemandu MaxContact MC7 boleh menikmati pemanduan yang lebih senyap.

Tayar MaxContact MC7 terbaharu menawarkan saiz antara 16″ hingga 21″ dan tersedia untuk pembelian di seluruh pasaran APAC mulai Suku Pertama tahun 2024 (masa ketersediaan stok berbeza mengikut pasaran individu).

Proton telah diiktiraf atas program pembelajaran dan pembangunan yang cemerlang, amalan sumber manusia (HR) yang mampan serta program pembangunan  majikan terbaik dalam Employee Experience Awards 2024 yang berprestij dan People & Purpose Awards 2024  yang berlangsung pada bulan Mei dan Jun tahun ini. Keempat-empat anugerah ini diterima pada dua acara berasingan telah membuktikan komitmen Proton dalam memupuk bakat dan membangunkan budaya kerja  yang mampan, membolehkan Syarikat ini menyelaraskan usaha ke arah kemajuan yang lebih besar.  

Employee Experience Awards yang dianjurkan oleh Human Resources Online Awards mengenal pasti majikan  yang telah mengambil langkah yang nyata untuk meningkatkan pengalaman pekerja. Anugerah ini mengiktiraf  Bahagian Sumber Manusia (HCD) Proton dalam dua kategori – Emas untuk Program Pengurus Pertama  Terbaik dan Emas untuk Program Pembelajaran dan Pembangunan Terbaik. Anugerah pertama menekankan  impak inisiatif yang menyeluruh dan memastikan pemimpin baru dapat berkembang dan menyumbang secara  berkesan manakala anugera kedua melengkapkan kakitangan dengan kemahiran, pengetahuan dan peluang  untuk perkembangan profesional. 

Sementara itu, Anugerah People & Purpose 2024 oleh SEEK mengiktiraf para pengamal HR yang bersemangat  dan didorong dengan tujuan. Ia telah mengiktiraf HCD Proton dalam dua kategori – Platinum dalam Amalan  HR Mampan Terbaik dan Emas dalam Program Pembangunan Majikan Terbaik. Anugerah ketiga ini memuji  amalannya untuk mewujudkan keseimbangan yang harmoni antara objektif perniagaan dan kesejahteraan  pekerjanya untuk memacu matlamat organisasi manakala anugerah keempat mengesahkan program latihan  dalaman Proton dan inisitatif pembangunan kerjaya untuk perkembangan professional.

(more…)

Mini Malaysia memperkenalkan Keluarga Mini Baharu di Malaysia. Memperkenalkan empat model baharu yang menggambarkan bahasa rekaan baharu jenama tersebut, “Karisma Keserdehanaan”, barisan model baharu ini diperkenalkan pada Acara Pelancaran Keluarga Mini Baharu. Menampilkan dua model serba elektrik, generasi baharu Mini ini menandakan langkah penting ke arah mobiliti bandar yang bebas emisi.

Membuat kemunculan di Malaysia buat julung kalinya pada Acara Pelancaran Keluarga Mini Baharu adalah Mini Cooper SE Baharu. Model terkini serba elektrik dalam Keluarga Mini Baharu ini meneruskan kejayaan Mini Cooper yang ikonik, yang merupakan ikon utama Mini sepanjang generasi. Ditampilkan bersamanya pada acara tersebut adalah tiga model generasi baharu Mini yang lain, yang pertama kali dipratonton di Malaysia Autoshow 2024 iaitu Mini Countryman SE ALL4 Elektrik Baharu, Mini John Cooper Works (JCW) Countryman ALL4 Baharu dan Mini Cooper S Baharu.

Membuat Kemunculan – Mini Cooper SE Baharu:

(more…)

Smart Malaysia telah melancarkan model #3 dengan acara bertemakan ‘Chase the Thrill,’ yang bertujuan untuk mengekalkan kegembiraan bagi penggemar kereta yang bergaya dan berprestasi ini.

Ciri Utama Smart #3:

  • Penghargaan Antarabangsa: Smart #3 telah memenangi Anugerah Reka Bentuk iF dan Red Dot Award, menonjolkan kualiti reka bentuk yang cemerlang dari pasukan global Mercedes-Benz.
  • Konfigurasi Prestasi:
    • Varian Premium dan Pro: Dilengkapi dengan motor pacuan roda belakang tunggal, menghasilkan 268hp dan 343Nm tork. Mempercepat dari 0-100km/j dalam 5.8 saat dengan kelajuan tertinggi 180km/j.
    • Varian Brabus: Memiliki motor berkembar yang menghasilkan 422hp dan 543Nm tork. Pecutan dari 0-100km/j dalam hanya 3.7 saat, dengan kelajuan tertinggi 180km/j.

  • Sistem Suspensi dan Pemacu: Menggunakan suspensi MacPherson hadapan dan lima pautan belakang untuk kawalan yang lebih baik dan respons stereng yang tepat. Varian AWD dilengkapi dengan bar penstabil yang lebih tebal untuk meminimumkan roll badan dan meningkatkan kebolehan mengekori.
  • Pengecasan: Tersedia dalam variasi pengecasan yang berbeza, dengan varian spesifikasi lebih tinggi menyokong pengecasan hingga 22kW AC dan 150kW DC. Model asas “Pro” menawarkan pengecasan 7kW AC dan hingga 130kW DC, dengan jarak pemanduan antara 415km hingga 455km, tergantung pada versi.
  • Peningkatan Aerodinamik: Memiliki pekali seret ultra-rendah 0.27, dengan penoptimuman seperti rim aerodinamik, deflektor angin roda depan dan belakang, gril pengambilan udara aktif, dan langsir udara bilah angin.

  • Kabin: Dilengkapi dengan stereng kulit multifungsi, lubang udara gaya turbin, tempat duduk sporty dengan pengudaraan bersepadu, kluster instrumen LCD 9.2 inci, paparan kepala penuh warna 10 inci, dan skrin kawalan pusat 12.8 inci.

  • AI dan Sistem Audio: Memperkenalkan haiwan cheetah sebagai rakan AI untuk #3, menggantikan musang pada model sebelumnya. Varian Brabus dan Premium menawarkan sistem bunyi Beats 13 pembesar suara, serta ciri tambahan seperti sistem pencahayaan ambien dwi-zon 64 warna, pengecasan tanpa wayar dengan empat port USB, dan konsol tengah dengan penyejuk.

Harga:

  • Pro: RM175,000
  • Premium: RM215,000
  • Brabus: RM250,000

Waranti standard termasuk waranti bateri voltan tinggi 8 tahun 200,000km, waranti komponen voltan tinggi 8 tahun 150,000km, waranti kenderaan tanpa had perbatuan 4 tahun, waranti alat ganti perbatuan tanpa had selama 2 tahun, bantuan servis tepi jalan 24/7.

Selain itu, terdapat pakej pelancaran dengan pemilikan premium semua termasuk yang terdiri daripada pengecas rumah pintar percuma (22kw) bernilai RM3,200 dengan waranti 2 tahun, pakej aksesori percuma 6 item bernilai RM2,500, V2L percuma (kenderaan ke muat) penyesuai bernilai RM800 dengan waranti 2 tahun dan data internet 5 tahun berjumlah 60GB.

Smart #3 menawarkan kombinasi yang menarik antara prestasi yang tinggi, reka bentuk yang menawan, dan teknologi canggih, memenuhi kehendak pengguna yang menghargai gaya dan keseronokan dalam pemanduan.

Kerajaan Malaysia terus menanggung beban besar dalam subsidi diesel, yang berjumlah RM10 bilion setahun, menurut pendedahan terkini oleh Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis parlimen. Subsidi tahunan ini meliputi:

  • Sektor Pengangkutan Awam dan Logistik: RM4 bilion diperuntukkan, dengan harga diesel dikekalkan pada RM1.88 seliter bagi 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan RM2.15 seliter bagi 23 jenis kenderaan logistik.
  • Pengguna Diesel di Sabah dan Sarawak: RM3.3 bilion diperuntukkan, dengan harga diesel pada RM2.15 seliter.
  • Nelayan: Menerima subsidi RM1.2 bilion, dengan harga diesel RM1.65 seliter.
  • Program Bantuan Tunai Budi Individu dan Budi Agri-Komoditi: RM1.8 bilion diperuntukkan.

(more…)

Peugeot Malaysia, dalam kerjasama unik dengan Minggu Fesyen KL 2024 (KLFW 2024), memberikan peluang istimewa kepada peminat dan pelanggan untuk merasai pengalaman memandu Peugeot 408 serba baharu sambil menikmati pertunjukan fesyen paling bergaya di Kuala Lumpur. Perkongsian ini menampilkan dua kempen di lapangan yang menggabungkan keseronokan pandu uji dengan kemewahan Minggu Fesyen KL.

Kempen ‘Pandu Uji & Menang Tiket KLFW 2024’

  • Tempoh: 9 hingga 27 Julai
  • Lokasi: Semua pengedar sah Peugeot
  • Cara Penyertaan: Pengunjung yang memandu uji Peugeot 408 serba baharu perlu melengkapkan borang dalam talian selepas pandu uji untuk secara automatik memasukkan mereka ke dalam larian untuk memenangi satu daripada 50 pasang tiket ke KLFW 2024.
  • Hadiah: Tiket ke Kit Woo Show pada 31 Julai atau Design to Sustain Finale pada 2 Ogos.
  • Pengumuman Pemenang: Pemenang akan diumumkan di halaman Facebook dan Instagram Peugeot Malaysia dan dihubungi terus.

(more…)

Lexus Malaysia telah melancarkan model baharu Lexus RZ 450e Luxury, kenderaan elektrik bateri (BEV) pertama yang tersedia secara global dari jenama tersebut. Ini adalah langkah penting dalam perjalanan elektrifikasi Lexus, yang bertujuan untuk mencapai 100% BEV di seluruh dunia menjelang 2035.

(more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube