Proton telah mengumumkan pelantikan 17 pengedar rasmi Proton e.MAS yang pertama di dalam majlis menandatangani perjanjian semasa pelancaran jenama Proton e.MAS pada 12 Jun dan sehingga kini jumlah tersebut telah bertambah kepada 18 pengedar di seluruh Malaysia. Pengembangan portfolio ini menandakan pencapaian yang signifikan dalam memperluas rangkaian pengedar Proton e.MAS yang diuruskan oleh PRO-NET bagi mengajak lebih ramai rakan kongsi untuk menyertai Proton dalam menjadikan kenderaan elektrik lebih mudah diakses oleh seluruh rakyat Malaysia.
Penubuhan 18 cawangan Proton e.Mas yang diwakili oleh 16 pengedar, menunjukkan langkah penting dalam menerajui pengembangan rangkaian yang besar dan meluas. Tujuh belas daripada cawangan ini ditempatkan secara strategik di seluruh Semenanjung Malaysia: 3 di Kuala Lumpur, 4 di Selangor, 2 di Johor, 3 di Perak, 2 di Pulau Pinang, 1 di Kedah, 1 di Kelantan, dan 1 di Pahang. Satu cawangan di Malaysia Timur iaitu terletak di Sabah. Pengembangan strategik ini menegaskan komitmen PRO-NET untuk menyediakan rangkaian yang mudah diakses dan sokongan menyeluruh kepada para pelanggan di seluruh negara demi melangkah ke mobiliti masa hadapan dan lestari bersama Proton e.MAS.