-
Ramai yang ingin tahu sejauh mana anda boleh pergi dengan satu tangki petrol penuh bagi model-model Proton yang baharu.
-
Proton sedang menganjurkan Proton 1-Tank Adventure 2018 dimana pemilik-pemilik Proton Iriz, Persona dan Saga menyahut cabaran.
-
Kami telah mengambil bahagian di dalam pusingan ke-tiga dimana kami telah harungi sejauh 420km dari Kota Kinabalu ke Kundasang dan balik.
Apabila kita memilih sebuah kereta yang ingin dimiliki, terdapat pelbagai faktor yang memainkan peranan dalam pemilihannya. Dari prestasi, reka bentuk, spesifikasi dan yang lain-lain lagi, ada satu faktor penting yang akan menjadi penentu bagi kebanyakan pengguna; kecekapan bahanapi. Menyedari betapa pentingnya aspek ini, Proton telah menganjurkan satu acara istimewa bagi memperagakan kepada dunia betapa cekap bahanapinya model keluaran mereka dalam pemanduan dunia sebenar. (more…)