Piston.my

BMW Malaysia Memperkenalkan Penambahbaikan Produk Baharu untuk BMW 3 Series

BMW Malaysia mengumumkan beberapa penambahbaikan baharu untuk rangkaian BMW 3 Series, merangkumi elemen reka bentuk yang diperbaharui, ciri digital yang lebih canggih dan peningkatan dalam peralatan dinamik. Penambahbaikan baharu untuk BMW 3 Series ini mengekalkan ciri sporty ikonik sedan bersaiz sederhana, sambil menawarkan peningkatan inovasi untuk memberikan kepelbagaian buat pasaran Malaysia pada tahun 2025. 

Rangkaian BMW 3 Series baharu kini menampilkan ruang dalaman yang diperbaharui, termasuk stereng M Sport baharu dengan tanda jam 12 di bahagian Tengah, yang kini merupakan standard untuk menonjolkan ciri sporty sedan ini. Ventilasi udara bergeometri baharu turut memberikan kemasan yang lebih moden kepada BMW 3 Series baharu. Butiran yang lebih halus pada panel instrumen atas dan penutup panel pintu atas kini menghiasi bahagian dalaman kabin, dan hiasan permukaan berbentuk geometri baharu juga ditawarkan sebagai standard di bahagian dalam BMW 330 Li. Keselesaan pemanduan BMW 3 Series baharu juga dipertingkatkan menerusi penyesuaian suspensi yang ditambah baik untuk kawalan yang lebih lancar semasa di jalan raya dan permukaan tidak rata.

BMW 330i M Sport

Interaksi dan kawalan intuitif dalam BMW 3 Series baharu kini diperkasakan dengan Sistem Operasi BMW 8.5 terkini, yang dilengkapi struktur menu QuickSelect berorientasikan sentuhan untuk memberikan akses yang lebih efisien kepada ciri-ciri kenderaan yang relevan, dioptimumkan secara intuitif untuk Paparan Lengkung BMW. Peningkatan digital lain untuk BMW 3 Series baharu termasuk ciri Video Realiti Terimbuh (AR) yang dikemas kini untuk Bantuan Parkir berasaskan kamera dan ultrasonik, serta prestasi pengenalan suara yang ditingkatkan untuk Bantuan Peribadi Pintar BMW iDrive.  

BMW 320i M Sport

Pilihan warna luaran baharu untuk BMW 3 Series baharu kini termasuk dua warna metalik segar iaitu Fire Red metallic dan Arctic Race Blue metallic, yang menyertai pilihan sedia ada untuk sedan bersaiz sederhana ini bersama Alpine White, Black Sapphire metallic, M Brooklyn Grey metallic dan M Carbon Black metallic.

Fuelled by cigarettes, coffee, the smell of petrol and 90's rock music

Artikel Berkaitan