Piston.my

Mitsubishi Motors Malaysia Buka Pusat 3S Baharu di Kajang

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama pengedar sahnya, Millennium Autohaus Sdn Bhd, hari ini merasmikan pembukaan Pusat 3S Mitsubishi Motors (Jualan, Servis dan Alat Ganti) baharu di Kajang, sekali gus mengukuhkan lagi kehadiran jenama itu di Lembah Klang.

Dengan pembukaan ini, bilangan pusat 3S Mitsubishi di rantau tersebut kini bertambah kepada 19, mencerminkan komitmen berterusan MMM terhadap pertumbuhan dan kecemerlangan dalam perkhidmatan pelanggan.

Terletak secara strategik di Lot 1872A, Jalan Semenyih, Kajang 43500, Selangor, pusat baharu ini direka khusus untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang di Kajang dan kawasan sekitarnya. Berdiri di atas tapak seluas 15,800 kaki persegi dengan binaan berkeluasan 9,600 kaki persegi, kemudahan ini menawarkan pengalaman jenama Mitsubishi yang menyeluruh dengan menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan di bawah satu bumbung untuk kemudahan optimum.

Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Shinya Ikeda berkata, pembukaan cawangan baharu di Kajang merupakan bukti kepada kerjasama kukuh antara MMM dan Millennium Autohaus, serta dedikasi bersama dalam menyediakan pengalaman pelanggan bertaraf dunia.

“Pelancaran ini bukan sahaja mengukuhkan kehadiran jenama Mitsubishi di Lembah Klang, malah mengesahkan komitmen kami untuk memenuhi keperluan pelanggan di setiap peringkat pemilikan kenderaan,” katanya.

Pusat 3S baharu ini akan mempamerkan barisan model popular Mitsubishi, termasuk Mitsubishi Triton yang memenangi pelbagai anugerah, serta Mitsubishi XPANDER yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan keluarga Malaysia. Triton terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen pikap menerusi prestasi kukuh dan kebolehpercayaan, manakala XPANDER digemari kerana kabinnya yang luas, reka bentuk moden, serta fungsi praktikal.

Pembukaan Pusat 3S di Kajang ini menandakan cawangan kedua bagi Millennium Autohaus, selepas kejayaan pusat pertamanya yang dibuka di Kota Damansara pada September 2021. Dengan peluasan ini, Millennium Autohaus terus menyokong aspirasi Mitsubishi Motors untuk menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan di seluruh negara.

Fuelled by cigarettes, coffee, the smell of petrol and 90's rock music

Artikel Berkaitan