Terkenal dengan prestasi cemerlang, penjimatan bahan api dan ketahanannya, Isuzu D-Max terus menjadi trak pikap pilihan rakyat Malaysia pada 2025.
Dirancakkan oleh permintaan tinggi terhadap trak pikap lasak tersebut, Isuzu D-Max mengukuhkan kedudukannya di tangga ke-2 keseluruhan bagi segmen trak pikap dalam pasaran dengan mencatatkan perkongsian pasaran tertinggi yang pernah dicapai setakat ini.
Isuzu kini menguasai sebanyak 18.3% perkongsian pasaran bagi segmen trak pikap untuk tempoh suku pertama tahun ini, meningkat daripada 14% yang dicapai bagi tempoh sama tahun lalu.
Lebih penting, populariti Isuzu juga telah meningkat pada waktu kenderaan diesel sedang mula berdepan dengan tanggapan negatif akibat peningkatan harga runcit bahan api diesel di Semenanjung Malaysia.
“Apa yang dapat kami perhatikan dengan jelas adalah peningkatan jumlah pembeli yang melihat kelebihan dengan memiliki dan memandu Isuzu D-Max. Mereka bukan hanya membeli sebuah kenderaan pelbagai guna dengan keupayaan yang menakjubkan, tetapi juga mendapatkan sebuah kenderaan yang rendah kos selenggaranya, selalu boleh diharapkan serta cukai jalan yang murah yang sentiasa menjadi pilihan ramai orang,” jelas Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo.
Dengan Malaysia Timur yang sinonim menjadi kubu kuat bagi Isuzu Malaysia dengan syarikat itu menguasai 28.4% pasaran seperti di Sabah, jualan di Semenanjung Malaysia juga menyaksikan peningkatan daripada 12.1% pada 2024 kepada 17.1% tahun ini.
Semua tiga varian teratas D-Max yang dijual oleh Isuzu Malaysia menampilkan enjin 1.9-liter yang menakjubkan. Varian 1.9 liter 4×4 Auto Premium, 1.9 liter 4×4 Auto Standard dan 1.9 liter 4×2 Auto Plus secara keseluruhannya menyumbang sebanyak 72.7% daripada jumlah keseluruhan jualan. Dua daripada varian ini juga dicatat dalam Malaysian Book of Records bagi pencapaian pemanduan sejauh 2,004 km hanya dengan satu tangki minyak.
Dengan kemampuan penjimatan yang tiada tandingannya, beserta beberapa ciri canggih yang dipelopori dalam kelasnya, rekaan menawan, kos selenggara yang rendah, jaminan lima-tahun yang mengagumkan serta cukai jalan tahunan bawah RM400 di Semenanjung Malaysia*, kini lebih ramai pelanggan yang memilih D-Max sebagai kenderaan yang ingin dimiliki bagi tujuan menjimatkan kos perbelanjaan harian mereka.