Piston.my

MG Motor Malaysia Mengumumkan Kehadiran MGS5 EV Serba Baharu dengan Anggaran Harga Bermula Dari RM115,000

MG Motor Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran MGS5 EV serba baharu dalam satu pratonton eksklusif, bersama anggaran harga bermula dari RM115,000. SUV elektrik segmen-B ini mewakili generasi baharu EV yang serba boleh dan mampu dimiliki, dilengkapi dengan pengecasan pantas, ruang kabin yang luas, sistem bantuan pemandu pintar, pacuan roda belakang untuk pemanduan yang lebih menyeronokkan, serta ciri keselamatan komprehensif – semuanya sebagai standard.

“MG S5 EV adalah model pertama yang kami perkenalkan sebagai langkah permulaan dalam lembaran baharu MG di Malaysia. la memberikan gambaran jelas tentang pengalaman pemanduan terbaik dalam kelasnya, terutamanya dalam segmen ini. Dibina khas mengikut kesesuaian jalan raya

Malaysia, model ini menandakan satu langkah penting buat SAIC Motor sejak kemunculannya di peringkat global di China pada Oktober lalu,” kata Emory QiFeng, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia.

MGS5 EV direka untuk memberikan pengendalian terbaik dalam segmennya, dengan pemanduan yang dinamik dan menyeronokkan. la hadir dengan dua pilihan bateri – 49kWh yang dipadankan dengan motor 125kW, menghasilkan 170PS, 250Nm, dan jarak sehingga 340km (WLTP), atau pek 62kWh yang menawarkan jarak sehingga 430km dan pengecasan pantas DC 150kW. Kedua-dua varian menawarkan pacuan roda belakang (RWD) untuk pemanduan yang lebih responsif dan memuaskan.

Selain pengendalian cemerlang, kedua-dua varian MGS5 EV turut dilengkapi dengan pengecasan AC 6.6kW, Vehicle-to-Load (V2L), sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto. la juga dilengkapi dengan skrin kawalan pusat 12.8 inci dengan kawalan suara, kluster instrumen 10.25 inci, dan set keselamatan lengkap yang merangkumi 7 beg udara serta Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).

Bagi mereka yang inginkan keselesaan tambahan, varian bateri 62kWh menawarkan ciri premium seperti rim aloi 18 inci, bumbung matahari panoramik, pintu belakang berkuasa, tempat duduk kombinasi kulit dan fabrik berlubang, stereng kulit yang dipanaskan, tempat duduk pemandu boleh laras kuasa, sistem audio premium dengan 6 pembesar suara, dan kamera pandangan sekeliling 360 darjah.

MGS5 EV tersedia dalam lima pilihan warna menarik:

Arctic White, Monument Silver, Camden Grey, Dynamic Red, dan Elegant Latte1. Model ini juga dilengkapi dengan tema dalaman kombinasi kulit dan fabrik gelap.

Fuelled by cigarettes, coffee, the smell of petrol and 90's rock music

Artikel Berkaitan