UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan prestasi jualan yang memberangsangkan pada bulan Mac, mencerminkan permintaan yang berterusan terhadap kenderaan Toyota di pasaran tempatan. Syarikat telah menyerahkan sejumlah 7,929 unit pada bulan dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif suku pertama tahun ini kepada 19,944 unit. Pencapaian ini menggambarkan komitmen UMWT dalam menyediakan penyelesaian mobiliti yang boleh dipercayai dan inovatif bagi memenuhi keperluan pelanggan masa kini.
Sebagai peneraju segmen automotif bukan nasional, UMWT terus menerima sambutan teguh merentasi pelbagai model yang ditawarkan. Kepercayaan dan keyakinan pengguna menjadi asas kepada pertumbuhan berterusan ini, disokong oleh usaha syarikat dalam membangunkan kenderaan yang mengutamakan teknologi moden, kebolehpercayaan, dan kecekapan. Pendekatan ini membolehkan UMWT memenuhi keperluan mobiliti pelanggan dari pelbagai latar belakang dengan lebih menyeluruh.
Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor berkata, “Dengan pertumbuhan permintaan yang terus meningkat, kami kekal fokus dalam menawarkan penyelesaian mobiliti yang berpaksikan masa depan dan memenuhi keperluan pelanggan di Malaysia. Teknologi hibrid kini menjadi tunjang utama dalam strategi pelbagai hala UMWT ke arah masa depan karbon neutral. Pendekatan ini menitikberatkan keseimbangan antara prestasi dinamik, kecekapan penggunaan bahan api dan aksesibiliti untuk semua pelanggan kami.”
Dengan barisan kenderaan yang semakin kukuh, UMWT terus meraih kepercayaan tinggi menerusi segmen kenderaan elektrik hibrid, yang dilihat sebagai hala tuju praktikal ke arah mobiliti yang lebih lestari. Teknologi ini menggabungkan prestasi harian yang meyakinkan dengan kecekapan bahan api yang unggul, menjadikannya pilihan ideal bagi pemandu masa kini. Sejak diperkenalkan pada tahun 2021, Toyota Corolla Cross telah memainkan peranan besar dalam menggerakkan perubahan ini, dengan lebih 23,031 unit telah diserahkan kepada pelanggan. Sebagai sebahagian daripada strategi pelbagai hala untuk mengurangkan jejak karbon, UMWT melihat teknologi hibrid bukan sahaja sebagai inovasi, tetapi juga sebagai jambatan kepada masa depan mobiliti yang lebih bersih, pintar dan bersesuaian dengan kehendak pengguna yang kian berkembang.
Lebih lima dekad mewarnai landskap automotif Malaysia, Toyota bukan sekadar jenama — ia telah menjadi sebahagian daripada naratif kemajuan negara dan nadi kehidupan seharian rakyat pelbagai generasi. Seiring dengan aspirasi negara, UMW Toyota Motor terus melangkah ke hadapan melalui strategi yang berpaksikan inovasi, pembangunan tempatan dan pelaburan berterusan demi masa depan mobiliti yang mampan. Berlandaskan falsafah jenama “Move Your World”, syarikat ini teguh dalam usahanya menawarkan mobiliti yang inklusif, boleh dicapai dan lestari, sambil memperkasa kehidupan dengan perjalanan yang lebih bijak, efisien dan bermakna.
Sempena kemeriahan Hari Raya, UMWT menawarkan peluang menarik untuk memiliki Toyota idaman anda. Nikmati promosi sehingga RM9,500 dan pilihan pembiayaan fleksibel serendah RM658. Tidak ketinggalan, melalui program With the Service, penjagaan kenderaan menjadi lebih mudah dan mampu milik, dengan pelan bermula serendah RM33 sebulan — pelan yang memastikan ketenangan minda dan kebolehpercayaan pemanduan untuk tempoh jangka masa panjang.
Sempena sambutan Hari Raya yang terus diraikan, UMWT kekal komited untuk menawarkan pakej berkualiti, kebolehpercayaan yang tiada tandingan serta inovasi berterusan. Semua ini demi memastikan setiap detik perjalanan anda—sama ada pulang ke kampung halaman atau meneroka destinasi baharu dengan lancar, tenang dan sarat kenangan indah bersama insan tersayang.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai tawaran istimewa musim perayaan ini. Teroka kenderaan Toyota yang paling serasi dengan gaya hidup anda di https://www.toyota.com.my, hubungi talian bebas tol Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682), atau kunjungi bilik pameran Toyota yang berhampiran.