Piston.my

GWM Malaysia Raikan ‘Raya Bersama GWM’ – Hadiah Bernilai Sehingga RM150,000

GWM Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan kempen “Raya Bersama GWM’,  yang menerapkan nilai kebersamaan, kegembiraan dan kemeriahan. Inisiatif ini mencerminkan dedikasi GWM  untuk menyatukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan Masyarakat melalui pengalaman yang dikongsi,  tawaran ekslusif dan ganjaran yang menarik. Bukan sekadar promosi, “Raya Bersama GWM” adalah sebagai  inisiatif untuk berhubung, meraikan dan mencipta kenangan yang berkekalan. 

Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, GWM Malaysia dengan bangganya telah melancarkan video muziknya, “Kita Ra Raya,” yang kini tersedia untuk tontonan.

Dari 12 hingga 27 April 2025, GWM Malaysia akan menganjurkan Rumah Terbuka Raya-tastic di pengedar  terpilih di seluruh negara. Pengunjung boleh menikmati jamuan ringan dan menyertai Cabutan Bertuah Tempah  & Menang. Anda berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM150,000. Pembeli juga boleh  memanfaatkan promosi Raya yang menakjubkan untuk lebih menikmati perjalanan balik kampung mereka. 

Promosi Eksklusif Hari Raya  

  • 5 tahun penyelenggaraan percuma (termasuk alat ganti dan kos buruh) untuk semua model GWM di  Malaysia; GWM ORA GOOD CAT, GWM ORA 07, GWM TANK 300, dan GWM HAVAL H6 HEV.
  • Penjimatan sehingga RM25,000, kadar faedah pinjaman yang rendah, serta pengecas dinding rumah  percuma untuk GWM ORA GOOD CAT dan GWM ORA 07.
  • Waranti penuh kenderaan selama 6 + 2 tahun (tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh) untuk GWM  ORA 07.
  • Waranti tanpa had perbatuan selama 6 tahun untuk GWM TANK 300.
  • 10,000 km perbatuan percuma untuk GWM HAVAL H6 HEV.

“Hari Raya Aidilfitri adalah sambutan yang menyatukan kita semua dengan nilai harmoni,” kata Cui Anqi,  Pengarah Urusan GWM Malaysia. “Melalui ‘Raya Bersama GWM’, kami berhasrat untuk meraikannya dengan  acara rumah terbuka, promosi dan hadiah yang menarik sambil menghormati budaya Malaysia yang pelbagai. Di samping itu, ianya adalah untuk mengukuhkan hubungan dengan pelanggan kami.”  

Pandu Uji & Menang 

Pelanggan yang memandu uji mana-mana model GWM di pengedar sah boleh menebus Baucar Kopi ZUS melalui: 

  1. Kunjungi pengedar sah GWM untuk pandu uji. 
  2. Ikuti Facebook dan Instagram rasmi GWM Malaysia. 
  3. Anda akan menerima baucar setelah selesai.
  4. Boleh ditebus di cawangan ZUS Coffee di seluruh negara.

Realisasikan Percutian Impian Anda dengan GWM TANK 300  

Kempen ‘Realise Your Dream Trip with the GWM TANK 300’ kini memasuki bulan kedua. Ianya menawarkan: 

  • Pandu Uji & Menang: 25 pelanggan bertuah yang memandu uji GWM TANK 300 akan berpeluang  memenangi baucar percutian eksklusif bernilai RM888.  
  • Beli & Menang: 5 pemilik baharu model GWM TANK 300 akan memenangi baucar percutian eksklusif  bernilai RM8,888.  
  • Hadiah Utama: Beli GWM TANK 300 dan berpeluang membawa pulang Kit Modifikasi Iron Cavalry  GWM

Cabutan Bertuah Raya-tastik Tempah & Menang  

Pemilik kenderaan berdaftar semasa acara itu boleh memenangi hadiah utama, termasuk iPhone 16, iPad Air,  Samsung TV 55-inci, Apple Watch SE, kad hadiah Petronas RM1,000, Dyson V8 Slim Fluffy, AirPods 4, Headset  Sony WH-1000XM5, Konsol Digital PS5 dan baucar percutian bernilai RM2,000. 

Selain itu, GWM Malaysia turut menawarkan sampul raya yang mengandungi hadiah seperti baucar Nando’s,  AEON, atau baucar Petronas bernilai RM50, atau hadiah eksklusif bernilai RM1,500.

Untuk maklumat lanjut, lawati media sosial rasmi atau kunjungi mana-mana pengedar sah GWM.

Fuelled by cigarettes, coffee, the smell of petrol and 90's rock music

Artikel Berkaitan