Divisyen Jualan Antarabangsa (ISD) Proton menandakan kemasukannya ke pasaran kenderaan elektrik (EV) Nepal dengan pelancaran Proton e.MAS 7. yang memanfaatkan pertumbuhan pesat sektor EV negara tersebut yang meningkat sembilan kali ganda dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pelancaran ini terbina berdasarkan prestasi kukuh model tersebut di Malaysia sejak kemunculannya pada 16 Disember dan membantu membuka jalan kepada strategi antarabangsa yang lebih luas.
Acara pelancaran yang berlangsung di Regency Ballroom Hotel Hyatt Boudha, telah dihadiri oleh Mohammad Firdaus Azman, Chargé d’ Affaires Malaysia di Nepal. Mewakili Proton adalah Dr. Li Chunrong, CEO Proton; Zhang Qiang, CEO PRO-NET dan Edmund Lim Meng Thong, Pengarah Jualan Antarabangsa. Jagdamba Motors Pvt. Ltd. Manakala, Jagdamba Motors Pvt. Ltd. diwakili oleh Shanker Lal Agrawal, Pengerusi Kumpulan Shanker; Akhil Gupta, Pengarah Eksekutif Jagdamba; Sahli Agrawal, Pengarah Urusan Jagdamba dan Raju Bhetwaal, Naib Presiden Kanan Jagdamba Motors.
Pengedar sah Proton di Nepal, Jagdamba Motors Pvt Ltd, sedang aktif mengembangkan rangkaian pengedarnya. Pada masa ini, tiga pengedar beroperasi, dengan rancangan untuk memuktamadkan perjanjian dengan 12 pengedar di seluruh negara menjelang akhir 2025. Syarikat ini juga merancang untuk membangunkan infrastruktur pengecasan dan membina jaringan pusat servis yang mantap di seluruh negara bagi mengurangkan sebarang kebimbangan pelanggan terhadap kenderaan elektrik.
Untuk pasaran Nepal, Proton e.MAS 7 segmen-C tersedia dalam varian Prime dan Premium, ditawarkan dalam enam warna: Perak Platinum, Hijau Pirus, Kelabu Slate, Ros Kuarsa, Hitam Moyu, dan Putih Litium. Dibina pada platform Seni Bina Modular Global, teknologi utamanya termasuk sistem pendorong elektrik pintar 12-dalam-1 yang terkemuka dalam industri, seni bina bateri Sel-ke-Tubuh serta Bateri Bilah Pendek Aegisnya.
Selepas berbulan-bulan perancangan pra-pelancaran yang teliti, termasuk penilaian produk media pada bulan Februari dan jelajah e.MAS 7 yang berlangsung dari 21 Februari hingga 14 Mac, masyarakat Nepal membiasakan diri dengan EV pertama Proton semasa jelajah nasional yang menampilkan reka bentuk bertemakan Nepal yang memaparkan simbol-simbol nasional dan pemandangan Himalaya. Jelajah ini melintasi semua tujuh wilayah dengan 18 lokasi berhenti di Nepal, termasuk tempat-tempat terkenal seperti Janakpur, Birtamod dan Itahari. Melalui media sosial, kempen ini berjaya menarik penglibatan orang ramai, sekaligus meningkatkan jumlah pengikut kepada lebih 27,000 di laman media sosial syarikat pada awal Mac.
Sepanjang empat tahun lalu, kadar penembusan EV di Nepal meningkat dari 6% TIV pada 2021 kepada 73% pada 2024, iaitu peningkatan sembilan kali ganda dari 1,138 unit ke 10,794 unit. Oleh itu, kemasukan Proton ke pasaran adalah tepat pada masanya dan selaras dengan Visi Mobiliti Hijau Nepal serta peralihannya ke arah pengangkutan lestari. Pihak Berkuasa Elektrik Nepal (NEA) telah berjanji untuk membangunkan lebih 300 stesen pengecasan di seluruh negara dalam tiga tahun akan datang dan langkah ini untuk meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik dan mengurangkan pergantungan bahan api fosil.
Bagi Proton, pelancaran ini menandakan permulaan strategi antarabangsa yang lebih luas kerana ia merancang untuk memperkenalkan EV pertamanya ke pasaran global lain. Sebanyak 50 unit e.MAS 7 telah dihantar ke Nepal pada bulan Februari sebelum pelancaran, manakala sejumlah kecil unit juga telah dihantar ke Singapura dan Trinidad & Tobago untuk tujuan penilaian.
Di Malaysia, penghantaran Proton e.MAS 7 telah melangkaui 1,000 unit sejak Januari, hanya dua bulan selepas pelancarannya. Dengan lebih 4,500 tempahan diterima, ia menunjukkan kesediaan rakyat Malaysia untuk beralih kepada kenderaan elektrik bersama Proton, asalkan pakej keseluruhannya memenuhi harapan mereka.
“Nepal hanyalah permulaan. Rancangan sedang berjalan untuk memperkenalkan Proton e.MAS 7 ke pasaran antarabangsa lain bagi menyokong cita-cita pertumbuhan global jenama tersebut. Perkembangan ini memperkukuhkan kedudukan Proton sebagai pemimpin automotif yang progresif, di samping membina hubungan pelanggan baru di peringkat global. Pada masa akan datang, kami akan memperkenalkan model EV kami ke Trinidad & Tobago, Mauritius dan juga Singapura,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.