Piston.my

ASEAN Unity Drive 2025 Bermula: Proton e.MAS 7 Mulakan Perjalanan 9,000km

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), dengan sokongan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Tourism Malaysia, dengan bangganya merasmikan Majlis Flag-Off ASEAN Unity Drive 2025 (AUD 2025), menandakan permulaan perjalanan sejauh 9,000km merentasi 9 negara ASEAN bagi mempromosikan kelestarian di dalam mobiliti.

AUD 2025 adalah satu inisiatif penting yang menggariskan kepimpinan Malaysia dalam memacu mobiliti hijau, kerjasama rentas sempadan, dan inovasi automotif di seluruh Asia Tenggara. Perjalanan ini akan berkemuncak di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang akan berlangsung dari 9 hingga 15 Mei 2025 di MAEPS, Serdang.

Majlis pelepasan telah diadakan di Menara MITI dan dirasmikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“ASEAN Unity Drive 2025 melambangkan kekuatan kolektif rantau ini dalam memajukan mobiliti lestari seiring memperkukuhkan integrasi ekonomi dan pengurusan alam sekitar. Malaysia, melalui inisiatif seperti ASEAN Automotive Institute Alliance, komited kepada membentuk ekosistem mobiliti bersatu yang mempercepatkan inovasi, menyelaraskan piawaian, dan mengukuhkan kedudukan ASEAN sebagai peneraju global dalam pengangkutan generasi baharu. Inisiatif ini adalah langkah penting ke arah industri automotif yang bersedia untuk masa depan dan membawa manfaat kepada seluruh rantau ini,” kata YB Senator Tengku Zafrul.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, AUD 2025 mengukuhkan peranan negara dalam meneraju peralihan rantau ini ke arah mobiliti hijau dan pintar. Proton e.MAS 7, kenderaan rasmi bagi AUD 2025, melambangkan komitmen Malaysia kepada mobiliti elektrik, menyokong agenda EV negara dan matlamat kelestarian ASEAN secara lebih luas.

Konvoi yang menonjolkan enam Proton e.MAS 7 dan empat kenderaan X Series yang dibawakan oleh PROTON dan PRO-NET, akan melalui dua laluan utama:

  • Laluan Utara: Bermula di Hanoi, Vietnam, melalui Laos, Kemboja, Thailand, sebelum tiba di Malaysia.
  • Laluan Selatan: Bermula di Manila, Filipina, melalui Sabah, Brunei, Sarawak, Indonesia, Singapura, sebelum tiba di Malaysia.

Kedua-dua konvoi akan bertemu di MAS 2025 semasa majlis perasmian, melambangkan komitmen ASEAN terhadap kesalinghubungan rentas sempadan, pengangkutan mesra alam, dan kerjasama ekonomi serantau.

“ASEAN Unity Drive 2025 adalah bukti kepada dedikasi MARii dalam memupuk kerjasama serantau dalam mobiliti pintar dan lestari, sejajar dengan Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020). Inisiatif ini menyelaraskan infrastruktur EV rentas sempadan, melaraskan rangka kerja kawal selia, dan menarik pelaburan dalam mobiliti lestari. Dengan membangunkan rangkaian EV bersepadu berlandaskan dasar dan insentif yang seragam, ASEAN meletakkan diri sebagai peneraju global dalam penggunaan dan inovasi EV, sejajar memanfaatkan kepelbagaian ekosistem automotif bagi mengukuhkan rantaian bekalan  serantau dan daya tahan ekonomi,” kata Azrul Reza Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MARii.

MAS 2025 adalah acara automotif terbesar Malaysia yang menampilkan pelancaran model baharu, teknologi EV dan enjin pembakaran dalaman (ICE) terkini, pengalaman pemanduan ujian yang mengasyikkan, dan peluang rangkaian industri yang penting. Dengan lapan dewan pameran, acara ini akan menjadi hab dinamik bagi perniagaan, pelaburan, dan perbincangan dasar, memperkukuhkan ekosistem automotif rantau ini di peringkat global.

Edisi tahun ini juga akan menampilkan Wanita dalam Automotif, meraikan perintis wanita dalam industri serta menggalakkan penyertaan yang lebih besar dalam inovasi dan kepimpinan mobiliti. Selain itu, Hari Kerjaya & Pendidikan Automotif akan menampilkan pameran kerjaya dan Debat Automotif ASEAN, di mana pasukan universiti terkemuka di rantau ini akan berbahas mengenai masa depan industri ini.

Setelah menarik lebih 230,000 pengunjung dalam edisi sebelumnya, MAS 2025 dijangka menarik kehadiran yang lebih besar, mengukuhkan statusnya sebagai acara automotif paling berprestij tahun ini.

ASEAN Unity Drive 2025 dan Malaysia Autoshow 2025 merupakan visi berani untuk masa depan mobiliti serantau, memperjuangkan inovasi, kelestarian, dan pertumbuhan ekonomi ketika Malaysia menerajui evolusi automotif ASEAN.

SENARAI JENAMA-JENAMA YANG MENYERTAI MALAYSIA AUTOSHOW 2025

  1. 70mai
  2. Affin Bank
  3. AION
  4. Alien Rider
  5. Ambank
  6. AUDI
  7. Azdome
  8. Bank Rakyat
  9. BMW
  10. Boon Siew Honda
  11. BYD
  12. Chery
  13. Def con5
  14. Dodo mat
  15. Etiqa Motortakaful 
  16. Falken Tyres
  17. GAC 
  18. GCW World
  19. GPsina
  20. GWM
  21. Hong Leong Bank
  22. IrisPro
  23. Indian Motorcycle
  24. JAECOO
  25. JC Car
  26. JETOUR
  27. JPM
  28. Kawasaki
  29. Kenny Hill Bakers
  30. KTM
  31. Lambretta
  32. Maxtag
  33. MG
  34. MODA
  35. Modenas
  36. Mr Absorber
  37. Nissan
  38. Perodua
  39. PETRONAS
  40. Pecca Leather
  41. Proton
  42. PUNB
  43. Rimbunan Kuasa
  44. RWB 
  45. SA Sound Auto
  46. Stanford Tyres 
  47. Superlux
  48. Suzuki
  49. Tourism Malaysia
  50. TOYOTA
  51. Trapo 
  52. Volkswagen
  53. XPeng
  54. Zeekr
  55. Zontes

Fuelled by cigarettes, coffee, the smell of petrol and 90's rock music

Artikel Berkaitan