Piston.my

GWM Malaysia Raikan Pencapaian Penyerahan GWM TANK 300 yang Ke-500!

GWM Malaysia dengan bangganya mengumumkan pencapaian luar biasa dengan penyerahan unit ke-500 GWM TANK 300! Sebagai salah satu SUV ‘off-road’ terlaris di China, model ini kini semakin mendapat tempat di hati pemandu Malaysia, khususnya dalam kalangan peminat pengembaraan dan pemandu bandar yang menggemari reka bentuk lasak, teknologi canggih, serta prestasi luar biasa.

Pencapaian ini membuktikan populariti GWM TANK 300 yang terus meningkat di Malaysia, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mencari gabungan keupayaan ‘off-road’ dan keselesaan premium. Dengan keupayaan untuk menakluki pelbagai permukaan lasak serta ciri inovatif, GWM TANK 300 kini menjadi simbol kekuatan, kebolehpercayaan, dan kecanggihan dalam industri automotif tempatan.

“Kami amat berbangga melihat sambutan luar biasa terhadap GWM TANK 300 di Malaysia, seiring dengan kejayaannya di China,” kata Cui Anqi, Pengarah Urusan GWM Malaysia. “Kejayaan ini mencerminkan kepercayaan dan keterujaan rakyat Malaysia terhadap jenama kami. Respons positif ini mendorong kami untuk terus memperkenalkan lebih banyak model TANK yang bakal tiba di pasaran,” tambahnya.

Pn. Wong, pemilik bertuah unit ke-500 GWM TANK 300, turut berkongsi keterujaannya. “Saya benar-benar terpesona dengan reka bentuk dan keupayaan TANK 300 sejak kali pertama melihatnya di China. Apabila ia dilancarkan di Malaysia, saya yakin ini adalah SUV yang saya mahukan. Kelegaan tanah yang tinggi adalah ciri utama yang menarik minat saya, menjadikannya pilihan terbaik untuk pengembaraan ‘off-road’,” katanya.

Sebagai penghargaan kepada para pemilik, GWM Malaysia menawarkan waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi kepada semua pemilik pertama GWM TANK 300. Inisiatif ini bukan sahaja memberikan ketenangan minda kepada pengguna, tetapi juga membuktikan keyakinan GWM terhadap ketahanan dan keupayaan kenderaan ini dalam menempuh pelbagai cabaran di jalan raya mahupun laluan lasak.

Bagi meraikan kejayaan ini, GWM Malaysia turut memperkenalkan empat promosi eksklusif yang memberikan lebih banyak manfaat kepada pemilik baharu dan sedia ada GWM TANK 300:

  1. Pandu Uji & Menang – Pandu uji GWM TANK 300 dan berpeluang memenangi baucar percutian bernilai RM888.
  2. Beli & Menang – Miliki GWM TANK 300 dan berpeluang memenangi baucar percutian bernilai RM8,888.
  3. Pakej Penyelenggaraan Percuma – Nikmati penyelenggaraan percuma selama 5 tahun dengan pembelian GWM TANK 300.
  4. Menangi Kit Modifikasi Iron Cavalry GWM – Pelanggan yang membuat tempahan GWM TANK 300 dari 1 Mac hingga 31 Mei 2025 berpeluang memenangi Kit Modifikasi Iron Cavalry GWM. (Hanya satu pemenang bertuah akan dipilih!)

Dengan pencapaian ini, GWM Malaysia terus komited dalam menawarkan produk berkualiti tinggi serta pengalaman pemilikan yang terbaik kepada para pelanggan. Adakah anda bersedia untuk menjadi sebahagian daripada komuniti pemilik GWM TANK 300? Kini adalah masa terbaik untuk menyertai revolusi ‘off-road’ ini!

Fuelled by cigarettes, coffee, the smell of petrol and 90's rock music

Artikel Berkaitan