Great Wall Motor (GWM) Malaysia dengan bangganya mengumumkan pemenang bagi kempen ‘GWM Haval H6 HEV Fuel Efficiency Challenge: Drive Further, Win Bigger’. Para pemenang telah menguji kemampuan kenderaan masing-masing untuk mencapai pemanduan jarak tertinggi dengan satu tangki penuh. Gelaran juara telah dirangkul oleh Koh Hui Min dari Kelantan dengan catatan jarak tertinggi, 1,204 km. Rekod luar biasa ini telah membuktikan kemampuan GWM Haval H6 HEV dalam mencapai kecekapan bahan api maksimum untuk perjalanan jarak jauh.
Berikut adalah enam pemenang teratas dengan catatan jarak tertinggi:
- Koh Hui Min (1,204 km)
- Lee Keat Teng (1,127 km)
- Hasif Radzi (1,120 km)
- Teh Harn Jian (1,102 km)
- Tan Cheng Yang (1,101 km)
- Mohd Syarizal bin Mohd Noor (1,077 km)
‘GWM Haval H6 HEV Fuel Efficiency Challenge: Drive Further, Win Bigger’ telah berlangsung dari 20 Januari hingga 9 Februari 2025, dengan menjemput para pemilik untuk menguji kemampuan SUV mereka. Cabaran ini bertujuan untuk menunjukkan prestasi sebenar GWM Haval H6 HEV dalam keadaan pemanduan optimum, serta menguji had kecekapan bahan api. Rekod jarak tertinggi 1,204 km ini menjadi bukti komitmen GWM dalam menawarkan kenderaan mampan, berprestasi tinggi, dan berinovatif untuk pasaran automotif tempatan.
“Kami amat berbangga setelah melihat penyertaan meriah dan keterujaan daripada para pemilik menguji kemampuan luar jangkaan GWM Haval H6 HEV,” kata Cui Anqi, Pengarah Urusan GWM Malaysia. “Pencapaian luar biasa ini membuktikan kemampuan SUV hibrid ini untuk mencapai kecekapan bahan api yang lebih efisien tanpa mengabaikan prestasi kenderaan,” tambah beliau.
Sejak pelancarannya pada Oktober 2024, GWM Haval H6 HEV kini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu SUV pilihan utama di Malaysia. Ia menawarkan teknologi hibrid canggih, ruang kabin dan boot simpanan yang luas, serta pemanduan dinamik yang menepati keperluan gaya hidup pengguna tempatan.
Teknologi ‘Dedicated Hybrid Transmission’ (DHT) pada GWM Haval H6 HEV menggabungkan kuasa enjin pembakaran dalaman (ICE) dan motor elektrik, menghasilkan output sistem gabungan 243 PS dan tork 530 Nm. Dengan kadar kecekapan bahan api 5.8L/100km, SUV ini menawarkan perjalanan melebihi 1,000km dengan satu tangki penuh.
Mengambil kira pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api RON95 yang akan datang, GWM Haval H6 HEV merupakan pilihan kenderaan yang ideal untuk kecekapan bahan api maksimum dan prestasi yang mengagumkan.
Pusingan kedua untuk cabaran ini kini sedang berlangsung dari 17 Februari hingga 9 Mac 2025. Enam pemenang teratas akan berpeluang untuk memenangi kad petrol bernilai RM 1 untuk setiap 1 km jarak yang berjaya dicapai.
Untuk pemilik yang berminat, sila daftarkan penyertaan anda melalui pautan ini: https://forms.gle/TZM6QxHE9verxPVs5.