Piston.my

BMW Group Malaysia Pacu Mobiliti Elektrik, Memperluaskan Infrastruktur Pengecas di Putrajaya dan Kuala Lumpur

BMW Group Malaysia terus memacu masa hadapan Mobiliti Elektrik di negara ini menerusi penambahan terbaru kepada rangkaian meluas mereka bagi pengecas Kenderaan Elektrik di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Berkolaborasi bersama pelbagai Pengendali Stesen Pengecas dan rakan kongsi, pengembangan ini menekankan dedikasi BMW Group Malaysia dalam membawakan pengalaman pemilikan dan penggunaan mobiliti elektrik yang lancar untuk pemilik Kenderaan Elektrik di seluruh negara.

Pada tahun 2024, BMW Group Malaysia telah berjaya memperkenalkan empat kemudahan pengecas Kenderaan Elektrik serba baharu di Putrajaya, yang dibangunkan dengan kerjasama Gentari dan DC Handal, sementara dua lagi kemudahan pengecas turut didirikan di kawasan utama di Kuala Lumpur, dengan kerjasama ChargeEV dan ChargeSini.

Untuk menggunakan pengecas awam dengan mudah di rangkaian kemudahan pengecas BMW, pelanggan boleh mengunjungi lokasi berikut yang baharu dibuka:

Pengendali Stesen Pengecas Lokasi Pengecas Kuasa Output Tarif
DC Handal IOI Putrajaya

Management Office, 

Unit T2-3A-3 & Unit T2-3A-3A Level 3A, IOI City Tower Two, 

Lbh IRC, IOI Resort, 

62502 Putrajaya.

Satu pengecas AC 22 kW  RM0.90/kWh
Enam pengecas DC 240 kW RM1.50/kWh
Pulse Grande Hotel

Taman Putra Perdana, 

Jalan Putra Perdana, 

Presint 1, 

62000 Putrajaya.

Dua pengecas DC 47 kWh RM1.00/kWh
Gentari Marina Putrajaya

1, Jalan P5/5, 

Presint 5, 

62000 Putrajaya, 

Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Dua pengecas AC 7 kW RM0.18/min
Kompleks Putrajaya

Kompleks Islam Putrajaya, 

Presint 3, 

62000 Putrajaya, 

Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tiga pengecas AC 20 kW RM0.25/min
ChargeEV KLGCC Gallery

2A, Jalan Bukit Kiara 1, 

Bukit Kiara, 

60000 Kuala Lumpur, 

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dua pengecas AC 22 kW RM1.00/kWh
Empat pengecas DC 600 kW RM1.80/kWh
ChargeSini Intercontinental Hotel 

165, Jln Ampang, 

Kuala Lumpur, 

50450 Kuala Lumpur, 

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dua pengecas DC 60 kW RM1.39/kWh

BMW Group Malaysia teguh dalam usahanya untuk memperluaskan infrastruktur Kenderaan Elektrik di seluruh negara. Bersama beberapa rakan strategik utama, pengeluar automotif premium ini menyokong lebih daripada 2,020 rangkaian kemudahan pengecas di seluruh negara, bagi memastikan pemilik Kenderaan Elektrik mempunyai akses kepada kemudahan pengecas yang mudah dan boleh dipercayai di mana sahaja mereka berada. Sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan infrastrukturnya yang berterusan, BMW Group Malaysia bekerjasama rapat dengan pelbagai Pengendali Stesen Pengecas untuk memperkenalkan stesen tambahan di seluruh negara, serta merancang untuk mendirikan lebih banyak kemudahan dalam masa terdekat. 

Dengan memperkasakan wilayah utama seperti Putrajaya dan Kuala Lumpur, BMW Group Malaysia memainkan peranan aktif dalam memacu negara ke arah masa hadapan mobiliti yang berasaskan teknologi elektrik dan mampan. Melalui portfolio Kenderaan Elektriknya yang komprehensif, kerjasama strategik, serta komitmen terhadap Keterbukaan Teknologi, BMW Group Malaysia terus komited dalam membentuk asas bagi ekosistem mobiliti yang bersepadu sepenuhnya dan dipacu oleh teknologi elektrik.

Fuelled by cigarettes, coffee, the smell of petrol and 90's rock music

Artikel Berkaitan